Social Icons

Showing posts with label dakwah. Show all posts
Showing posts with label dakwah. Show all posts

Sunday, July 15, 2012

Pejuang-pejuang Agama

PERJUANGAN ISLAM


http://www.cetusansahabat.blogspot.com
Ya, itulah perjuangan hakiki...
Berjuang pada jalan Allah Taala..

Firman Allah swt yang bermaksud:

 انفِرُواْ خِفَافًا وَثِقَالاً وَجَاهِدُواْ بِأَمْوَالِكُمْ وَأَنفُسِكُمْ فِي سَبِيلِ اللَّهِ ذَلِكُمْ خَيْرٌ لَّكُمْ إِن كُنتُمْ تَعْلَمُونَ


"Berangkatlah kamu baik dengan rasa ringan mahupun dengan rasa berat, dan berjihadlah dengan harta dan jiwamu di jalan Allah.Yang demikian itu adalah lebih baik bagimu jika kamu mengetahui"

BERJUANGLAH SAHABATKU !!
Setiap pengorbananmu itu tidak pernah sia-sia malah dinilai Allah swt..
Allah sayangkan hambaNya yang menolong agamaNya..

Ingatlah sahabat,
di akhirat kelak apa yang hendak kita jawab di hadapan Allah Taala, apabila ditanya, "Apakah tanggungjawab kamu terhadap agama IslamMu? Apakah yang telah kamu lakukan untuk agamaMu?"..... 


Berjihadlah! 
Sibukkanlah dirimu dengan dakwah! 
Sibukkanlah dirimu di dunia untuk mendapat ganjaran ketenangan di akhirat! 
Sibukkanlah dirimu dalam jemaah kerna kekuatan seseorang itu adalah apabila mereka berjemaah! dan kekuatan ISLAM itu adalah apabila ummatnya bersatu!!
Jangan pernah kamu serik dalam dakwah!
Jangan pernah kamu lari dari medan INI!
Allah.. sangat manis ganjaran pahala & kasih sayang Allah terhadap pengorbananmu ini!..
YAKINLAH DENGAN ALLAH ...
JIKA KITA SAYANG ALLAH, ALLAH JUGA SAYANGKAN KITA ....

..ALLAH tuhanku-MUHAMMAD nabiku-ISLAM agamaku...

#Sesungguhnya  Solatku, Ibadahku, Hidupku & Matiku hanya kepada Allah swt#

Wednesday, February 22, 2012

Pandangan Muslim Tentang Orientalis Barat

Bismillahirrahmanirrahim
Alhamdulillah, dalam usaha mengumpulkan pendapat tentang kajian yang dilakukan mengenai 'Sikap Orientalis Terhadap Quran dan Sunnah' - salah satu kursus yang diambil untuk semester 4, 2011/2012
Ini adalah pendapat bernas dari murabbi dan sahabat-sahabat tentang sikap orientalis barat terhadap Islam :
  • Ustaz Hisyamuddin (Pendakwah, Guru MMPM)
  • Ahmad Fahmi Mokhtar (Pendakwah,Pengerusi Sahabat Dakwah,Mahasiswa Darul Quran)
  • Najibah Salleh (Pendakwah,Timb. Pengerusi Sahabat Dakwah,Mahasiswi USIM)
  • Abdul Rahman Abdul Jamil (Pendakwah,Ketua Lajnah Ekonomi & Kebajikan Sahabat Dakwah,Mahasiswa UITM)
 

  • Farah Wahidah bt Zamri (Pendakwah, AJK Lajnah Ekonomi & Kebajikan, Mahasiswi UNISZA)




Tuesday, February 7, 2012

....Adakah aku Seorang Dai'e ??

Bismillahirrahmanirrahim..
Kitakah Pendakwah?.. Satu Muhasabah Jujur (cuba introspeksi diri)


Seorang Daie bersegera menunaikan Solat berjamaah apabila azan telah
dikumandangkan

Sedangkan kita selalu melewatkan solat dan hanya sempat dengan saf beberapa detik sebelum Imam salam

Seorang Dai'e mewajibkan dirinya agar tetap membaca Al-Quran setiap hari walau sedikit
Kita sering terlupa membaca Al-Quran dengan beralasan sibuk dan membacanya
sesekali setelah berlalu berhari-hari


Seorang Daie amat memerhati dan menjaga masanya, tidak diisi secara sia-sia
melainkan dengan sesuatu yang terancang dan bermanfaat

Kita kurang memberi perhatian kepada masa, sering membuangnya dengan sia-sia dan melakukan banyak perkara secara kebetulan

Seorang dai'e selalu terasa dirinya diawasi oleh Allah, mengingati akhirat dan
mempersiapkan diri untuk menghadapinya

Kita sering tidak terasa kebersamaan Allah, melupai akhirat dan kematian serta
kerap menangguh-nangguh amal dan taubat
 
 
Seorang Daie suka menghadiri halaqah ilmu, sangat mencintai ilmu dan Ulama
serta berlapang dada dengan teguran atau nasihat sebagai proses peningkatan diri

Kita cepat merasa cukup dengan ilmu yang ada, kurang bermotivasi dengan majlis ilmu dan sukar menerima teguran orang lain

Tuesday, December 6, 2011

..::Psikologi Dakwah::..

Assalamualaikum Sahabat,
Saya tertarik untuk mengetahui dengan lebih mendalam lagi mengenai 'psikologi dakwah'..
~ Bagaimana nak fahami maksud psikologi dakwah?
~ Bagaimana nak aplikasikan pengetahuan mengenai psikologi dakwah ini supaya sampai kepada mad'u yang sangat disayangi kerana Allah?
~ Bagaimana nak meletakkan psikologi menyeru kepada kebaikan ini pada tempatnya yang betul?
-kalau siapa-siapa yang ingin berkongsi maklumat, silakan saja-
Sebagai khalifah Allah di muka bumi ini, tidak akanku pernah mengabaikan manusia lain dalam menuju keredhaan Allah, InsyaAllah........
ingin sama-sama masuk syurga,
ingin sama-sama menikmati keindahan syurga firdausi,
ingin merasai kelazatan cinta Allah ,
ingin mengecapi kebahagiaan di dunia dan juga di akhirat ....
Moga Allah perkenankannya..
Sebagai seorang daie, wasilah yang terbaik untuk berdakwah adalah mengenali mad'u itu mengikut karakter mereka tanpa mengubah apa-apa yang boleh membuatkan akhlak kita turut terpesong....
Ingatlah, tugas kita adalah untuk menyeru manusia itu kepada kebaikan dan mencegah mereka dari kemungkaran..