Social Icons

Showing posts with label Ilmu. Show all posts
Showing posts with label Ilmu. Show all posts

Tuesday, January 31, 2012

Menghayati Denyut Kasih Medik

Novel Denyut Kasih Medik - karya Dr. Farhan Hadi

Alhamdulillah,
Novel ini menjadi santapan tiap kali ingin menambah sedikit ilmu pengetahuan yang masih punya banyak ruang untuk dipenuhi dalam isi hati ini.
Isi kandungan menjadi santapan pertama ana, dengan membaca sekali imbas tajuk-tajuk kecil, menambahkan lagi rasa ingin tahu mengenai kasih medik ini.
'Dr.Muslih', itulah watak utama yang berperanan menghidupkan kisah disebaliknya.
Sambil membelek-belek buku ini, ana dapat simpulkan bahawa novel ini fiqh 3 dalam 1, yang menarik minat untuk menelitinya. macam milo 3 in 1 pulak ^_^
tiga sentuhan FIQH- Fiqh Perubatan, Fiqh Wanita dan Fiqh Cinta......

Sangat prihatin Dr.Muslih akan semua pesakitnya. Setiap masalah dapat diselesaikan dengan berhikmah, berfikir dari sudut pandangan islam adalah menjadi kekuatan Dr.Muslih untuk menasihati pesakitnya dalam pelbagai perkara. Apa yang Islam suruh, ajarkan, dan apa yang Islam cegah serta hindarkan. Dr.Muslih adalah seorang yang berani dalam menegakkan kebenaran apatah lagi menyentuh mengenai sensitiviti agama. Bagi ana, 1 dalam 1000 punya doktor begini.. susah untuk menjumpai seorang doktor yang menjadikan agama sebagai panduan dalam setiap kali proses perubatan dilakukan, sangat detail, sangat mendalam dan sangat menghayati.

     Dr.Muslih bukan seorang ustaz bukan juga seorang yang berkelulusan dalam bidang agama. Tapi ketaatan dan kepatuhan agamanya menjadikan beliau seorang yang berperibadi mulia dan pemuda yang beriman. Setiap pesakitnya, rakannya dan orang disekelilingnya menjadikan beliau seorang pakar rujuk dalam bab agama. Kesudian dan bersikap lapang dada beliau menerima dan memberi teguran menambahkan lagi keindahan akhlaknya. Berpegangkan kepada Al-Quran dan Sunnah dalam kehidupan seorang yang bergelar doktor. Pasti pembaca akan terpaut hati dengan watak yang dipamerkan oleh Dr.Muslih. Sangat mulia hatinya..

Saturday, September 24, 2011

Ulama Mufassirul termasyhur- Prof.Dr.Sheikh Zaghloul El-Naggar

Professor of Geology, King Fahd University of Petroleum & Minerals, Dhahran,
 Prof. Dr. Zaghloul Ragheb Mohamed El-Naggar
Ulama' Mufassirul termasyhur di seantero dunia


Alhamdulillah..bersyukur sangat kerana dapat bertemu dengan seorang ulama' termasyhur. Inilah peluang untuk mengambil keberkatan ketika menuntut ilmu.Apabila kita bertemu dengan seorang yang tinggi & hebat ilmunya,maka ambillah peluang dan ruang bersamanya.Insan terpilih yang Allah telah tetapkan.Beliau datang ke Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) untuk bersama dengan mahasiswa dan mahasiswi di sini.Kami sebagai pelajar sangat teruja dengan kesudian beliau untuk menjejakkan kaki di bumi USIM dalam satu program bersama mahasiswa Quran dengan Multimedia tahun 2.Kami juga sangat mengharapkan berkat doa beliau dalam mencari keredhaan Allah...

Friday, September 23, 2011

..::Web Graphic::..

 


Sources Of Digital Graphic :
1.Starts with your own camera
2.Scan your favourite graphic
3.Online Photos/Image/Graphics Sharing Sits
 -picasa,photobucket,flickr,webshots,SmungMung
4.Stock Photo/Image/Graphic Companies
5.Public Images(free)
6.GIF and PNG images
7.JPEG images
8.Using Photoshop or flash

Do and Don’t in web design :
(GENERAL)
1.Do close popup screens
2.Do stop sounds
3.Don’t try to mislead search engine
4.Don’t try to misleadingly attract visitors
5.Do register your site
6.Do read the stats
7.Don’t count hits
8.Do put contact info on your pages
9.Do beware of robots

(IMAGE AND COLORS)
1.Do use transparency
2.Do use interlacing
3.Do make your graphic reproducible
4.Do  vertical align the content of table cells
5.Do break up images
6.Do combined background-images and background colors
7.Do use a browser safe palette
8.Do use a consistent look and feel
9.Do use recurring visual elements
10.Don't use too many images & colors
11.Don't use PNG(yet)
12.Don’t override only one standard colors
13.Don’t use dark backgrounds

(DESIGN)
1.Don’t cram your pages
2.Don’t push your table out of screen
3.Don't overuse frames
4.Don’t mix horizontal aligning

What is Copyright :
= Copyright is the exclusive right given by law for a determinable time period to the author of the work to control the use of the work in Malaysia.

p/s: Ilmu ini dari Sir Nor Muizz Mohamed Salleh, pensyarah grafik. Untuk perkongsian bersama....

#Sesungguhnya solatku, ibadahku, hidupku dan matiku hanya kerana Allah#

Wednesday, September 21, 2011

Ilmu Di Dada Hati

Aku seorang pelajar mahasiswa
Masih berstatus pelajar
Ilmu ku kejar, ilmu ku cari
Sebagai bekalan di dada hati
Sebagai petunjuk ke jalan yang diredhai

Sungguh cepat masa berlalu
Semester 3 sedang ku tempuhi
Begitu banyak cabaran dan onak duri
Yang perlu dirasai, yang perlu diterokai
Untuk menggapai sebuah kejayaan hakiki

Ulum Al-Quran, Ulum Hadith, Usul Fiqh,
Tarannum, Tafsir, Sirah Rasul,
Debt Rasm Al-Quran & Fawasil,
Itulah maddah Quran
Grafik Laman Web tidak ketinggalan
Itulah subjek multimedia
Sangat mengujiku tiap satu
Sangat mengkaji tiap satu

Ku iringi usahaku dengan doa
Dengan mengabdikan diri kepada Ilahi
Kerana Allah adalah tujuanku
Kerana Allah ku menuntut ilmu
Moga mendapat kejayaan di dunia
Tidak lupa juga di akhirat 
(hasil karya)

#Sesungguhnya solatku, ibadahku, hidupku dan matiku hanya kerana Allah swt#

Sunday, September 18, 2011

::RAHSIA PEMAKANAN GENIUS-GENIUS ISLAM::



        Formula pemakanan genius-genius Islam silam yang menjadi rahsia keajaiban daya intelek mereka. Formula ini terpendam di dalam kitab-kitab tradisional dalam bahasa Arab. Tersembunyi dari pengetahuan orang Arab dan umat Islam sendiri. Namun akhir-akhir ini ada usaha-usaha untuk mengetengahkan kembali kepada umum. Sekarang semacam ada kecenderungan di kalangan ilmuan Islam dan bukan Islam untuk mengkaji dan menguji formula ini. Ini didorong oleh penemuan - penemuan saintifik yang membuktikan kebenarannya, khususnya terhadap susu, madu dan telur.Berikut adalah formula pemakanan genius - genius Islam yang telah terbukti berupaya meningkatkan kepintaran dan kekuatan daya ingatan : 

1) MADU - Madu adalah makanan yang sangat berkhasiat. Al-Quran mengiktirafkannya sebagai " shifa '" iaitu penyembuh penyakit. Manisan madu digelar "Raja Ubat", dapat menyembuh kebanyakkan penyakit. Ia adalah makanan untuk kesihatan keseluruhannya. Ia mengandungi pelbagai jenis vitamin, mineral, protein, antiseptik dan enzim yang meningkatkan ingatan dan kecerdasan mental individu...

Friday, September 9, 2011

Montage Video LCSnajaah

LCSnajaah Creative Production
~Satu permulaan dalam menggapai impian 
~Satu impian akan menjadi realiti 
~Satu inspirasi dalam menuntut ilmu
~Satu cabaran dalam ketenangan
:::Semoga dipermudahkan Allah::

:

#Sesungguhnya solatku, ibadahku, hidupku & matiku hanya kerana Allah swt#

Monday, September 5, 2011

Maklumat Tanpa Sempadan

Bismillahirrahmanirrahim..Alhamdulillah masih bernafas di bumi Allah ini.
Mengharapkan semua sahabat baik-baik belaka ye.Tak kira la sahabat berada di mana pun,Allah tetap di hati kita.
Apa yang nak kongsi untuk post kali ni?..terpusing-pusing kepala rasanya. :)
Terlintas difikiran. Begitu banyak isu-isu yang keluar hari demi hari. Berita-berita yang terpampang di dada akhbar yang disajikan dengan pelbagai cetusan idea dari pihak yang terlibat.Dengan penulis yang bernas ideanya dari dalam negara dan luar negara diselit bersama. Tidak dilupakan juga dengan berita di tv, banyak sumber yang diperoleh.Terkadang berita yang disampaikan tidak sama dengan yang sebenar.Apa-apa pun kita boleh tapis  sendiri, yang mana benar dan yang mana tidak benar..Maklum la,media malaysia berada ditangga yang ke 166 dari 180 negara media.......
Laman sosial juga tidak ketinggalan untuk menyertai berkongsi pengetahuan dan maklumat untuk disebarkan ke seluruh jiwa yang menatapi setiap isu-isu dan informasi yang disebarkan.....

Monday, August 29, 2011

""Sahabat Dakwah""- Menuju Redha Allah

Kita merancang Allah menentukan
Segala perancangan
Segala pelaksanaan
Terjadi dengan izinNya


Kita seorang pendakwah/daie
Kita seorang yang didakwah/mad'u
Menyeru kebaikan, membuat kebaikan
Mencegah kemungkaran, menghalang kejahatan

Dengan cetusan idea yang bernas
Dengan berbekalkan ilmu di dada
Masih menambah ilmu
Masih menambah keyakinan
Juga mempertingkatkan keikhlasan

..::Sahabat Dakwah::..
Sebuah medium 'tuk berdakwah
Platform yang tepat
Gerakan Islam yang sohih
Tidak dinafikan
Tidak disangkalkan
Peluang dan amanah dari Allah

Mantap guru-gurunya
Mantap pemimpinnya
Mantap ajknya
Menuju ke gersang yang luas
Mendaki ke arah puncak bukit
Menempuh lereng-lereng bukit dan angin yang kuat
Ditegakkan dengan kekuatan
Diteguhkan dengan kesabaran
Walaupun goyah dek angin meniup
Walaupun lemah dek lereng yang condong

Tetap berjuang menggapai matlamat
Tetap bersama mencari kebenaran
Moga diberikan petunjuk Allah
Moga dikurniakan rahmat Allah
~"Moga dalam keterpaksaan ada sekelumit keikhlasan"~
~Bersama MMPM, Merealisasi Harapan~

#Sesungguhnya solatku, ibadahku, hidupku dan matiku hanya kerana Allah swt#

Tuesday, August 16, 2011

***Kepimpinan Di Dalam Islam***

Alhamdulillah,
Pengisian kali ini ana selitkan kepimpinan di dalam Islam untuk kita jadikan sebagai panduan dalam kita menguruskan sesuatu pimpinan dalam gerak kerja.Sesungguhnya segala apa yang kita lakukan semuanya hanya kerana Allah.Betulkan niat dan laksanakanlah tugas dengan bertanggungjawab.
*Artikel ini dari Datuk Dr.Johari Mat(Ketua Eksekutif KIAS,Senator Dewan Negara)
MUKADIMMAH
Kepimpinan ialah kebolehan seseorang mempengaruhi sesuatu kumpulan dalam mencapai sesuatu matlamat.Ia melibatkan satu proses mengembang dan mengekalkan pengaruh melalui gabungan struktur dalaman dan luaran yang merangkumi sifat-sifat  dan perlakuan seseorang. 
Sememangnya tidak dapat dipersoalkan bahawa kejayaan sesuatu kumpulan atau sebarang kumpulan dalam sesebuah organisasi adalah bergantung kepada kualiti kepimpinan..

Saturday, June 11, 2011

Kejayaan


Bismillahirrahmanirrahim ucapan mulia
Mengharapkan keberkatan 
Jua keredhaan

Usaha tangga segala kejayaan
Bukan mudah, bukan payah
Hanya hati yang kuat
Punya hasilnya

Jangan mengharap setinggi langit
Jangan menunggu air jernih
Jangan meneguk air yang keruh
Allah menjanjikan yang terbaik

Segala pengorbanan ku selitkan
Siang malam ku luangkan
Dari minggu ke bulan
Ku penuhkan waktu yang terbaik

Menghayati, memahami
Ilmu yang diredhai
Ilmu yang di cari
Bukan hanya kata-kata
Mengharapkan kejayaan hakiki
Allah.... Allah.... 

#Sesungguhnya solatku, ibadahku, hidupku dan matiku hanya kerana Allah swt#

Thursday, May 5, 2011

Ya Allah, Aku mencintai IlmuMu

Alhamdulillahirabbil 'alamin, Allah masih memberi ruang dan peluang kepadaku untuk menaip kata-kata yang harap dapat memberi manfaat kepadaku dan kepada insan yang mulia yang sudi membaca blog ini.
"Sesungguhnya Allah bersama dengan orang yang sabar".



Teringat akan maksud firman Allah itu apabila aku berada dalam keadaan resah gelisah dan rasa macam diuji olehNya. Banyak pengajaran yang aku dapat selama aku hidup di dunia ini selama 20 tahun ini. Tersenyum seorang pula bila mengenangkannya. Aku ingin mendapat kebahagiaan di dunia dan juga di akhirat. Itulah matlamat hidupku.
      Sekarang ini musim peperiksaan, sedang aku menaip ni jam 2:51 pagi..Terlintas di fikiran untuk membuka blog. Aku akan mengambil masa sedikit untuk melayan blogku ini. Esok exam grafik.ermm....agak-agak aku dapat jawab ker?? YA,InsyaAllah. Aku akan buat yang terbaik. Tinggal 3 paper sahaja lagi untukku menamatkan final exam ni.Semoga Allah memberi peluang dan aku akan mengambil peluang itu untuk membuat yang terbaik nanti...