Social Icons

Showing posts with label Amalan Seharian. Show all posts
Showing posts with label Amalan Seharian. Show all posts

Monday, October 1, 2012

Munajat Di Pertiga Malam TerakhirMu

Bismillahirrahmanirrahim.. Alhamdulillah syukur ke hadrat Ilahi

Di saat ini, Aku meninggalkan bantal yang empuk dan katil yang tersergam kemasnya.

Aku berkorban untuk merasai semua itu kerana aku menantikan sesuatu perkara yang lebih indah dan menenangkan hati. Di saat manusia lain lena dibuai mimpi, aku tidak dapat melelapkan mata. Sangat rugi jika aku tidak merebut peluang ini. Aku tidak hanyut dengan godaan syaitan.

Aku melangkah menuju ke bilik air yang berdekatan. Wudhuk ku ratakan dan sempurnakan. Hanya untuk Mu Ya Allah. Aku ingin sentiasa berada disampingMu kerna aku tahu di dalam suka dan duka pasti ada-Mu. Aku tidak mahu lalai dalam menikmati keindahan dunia ini. Dari pagi, petang dan kini malam silih berganti. Aku gagahkan diri.

Jam menunjukkan tepat 3.30 pagi. Inilah yang aku tunggu-tunggu. Bersedia untuk menghamparkan tikar sejadah untuk tawajuh cinta. Melihat telekung sembahyangku. Alangkah baiknya aku tidak membiarkan telekung itu menjadi perhiasan di bilikku sahaja dan kini aku memakainya untuk semata-mata ingin memenuhi pengharapanku dan kerinduanku.

Ya Ilahi, aku ingin merebut kesempatan ini. Engkau telah memudahkan hatiku ini untuk bertahajud di pertiga malam. Engkau telah membuka hatiku untuk sentiasa bertaubat kepadaMu. Engkau telah menyedarkanku tentang keindahan beribadat dikala manusia lain sedang tidur dan aku bangun gagah berdiri untuk menikmati keindahan dan ketenangan dari Tuhan Yang Esa.

Di dalam solatku, tidak dapat aku ungkapkan dengan kata-kata betapa bersyukurnya aku dengan rahmatMu Ya Allah. 

Di dalam doaku, aku merintih mengharapkan penerimaan Mu. Aku merintih dan merayu denganMu Yang Maha Mendengar lagi Maha Mengasihani. Ya Allah, ampunilah dosa-dosaku. Kasihanilah umi ayahku sebagaimana mereka mengasihaniku sejak dari kecil lagi. Airmataku semakin bercucuran membasahi pipi. Tidak dapat aku menahannya. Aku membiarkan saja ia mengalir membasahi pipi dan telekung sembahyang. Inilah kesedaran yang Allah campakkan di dalam hatiku ini. Selalu saja ingin bermunajat kepadaMu. Selalu saja ingin merebut saat dan ketika ini. Saat yang mana sangat sepi. Tiada sebarang bunyi. Saat yang menyenangkan. Saat yang sangat makbul doa seorang hamba. Saat yang sangat dekat dengan Allah swt. Terasa diri ini sahaja yang hidup ketika ini. Terasa kesunyian. Tetapi…

Aku tidak sendirian kerana aku ada Allah yang Maha Melihat setiap gerak geriku.
Aku ada Allah yang Maha Mendengar setiap doaku dan rintihanku.
Aku ada Allah yang Maha Mengetahui isi hatiku yang sangat aku dambakan.
Aku ada Allah Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang. Itulah yang lebih meyakinkanku.

Alhamdulillah.

#Sesungguhnya Solatku, Ibadahku, Hidupku & Matiku hanya kerana Allah swt#

Sunday, September 18, 2011

::RAHSIA PEMAKANAN GENIUS-GENIUS ISLAM::



        Formula pemakanan genius-genius Islam silam yang menjadi rahsia keajaiban daya intelek mereka. Formula ini terpendam di dalam kitab-kitab tradisional dalam bahasa Arab. Tersembunyi dari pengetahuan orang Arab dan umat Islam sendiri. Namun akhir-akhir ini ada usaha-usaha untuk mengetengahkan kembali kepada umum. Sekarang semacam ada kecenderungan di kalangan ilmuan Islam dan bukan Islam untuk mengkaji dan menguji formula ini. Ini didorong oleh penemuan - penemuan saintifik yang membuktikan kebenarannya, khususnya terhadap susu, madu dan telur.Berikut adalah formula pemakanan genius - genius Islam yang telah terbukti berupaya meningkatkan kepintaran dan kekuatan daya ingatan : 

1) MADU - Madu adalah makanan yang sangat berkhasiat. Al-Quran mengiktirafkannya sebagai " shifa '" iaitu penyembuh penyakit. Manisan madu digelar "Raja Ubat", dapat menyembuh kebanyakkan penyakit. Ia adalah makanan untuk kesihatan keseluruhannya. Ia mengandungi pelbagai jenis vitamin, mineral, protein, antiseptik dan enzim yang meningkatkan ingatan dan kecerdasan mental individu...

Friday, July 1, 2011

Adab Pada Hari Jumaat Sesuai Sunnah Nabi

         Hari Jumaat adalah hari yang mulia, dan kaum muslimin di seluruh penjuru dunia memuliakannya. Keutamaan yang besar tersebut menuntut umat Islam untuk mempelajari petunjuk Rasulullah dan sahabatnya, bagaimana seharusnya menyambut hari tersebut agar amal kita tidak sia-sia dan mendapatkan pahala dari Allah ta’ala. Berikut ini beberapa adab yang harus diperhatikan bagi setiap muslim yang ingin menghidupkan syariat Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam pada hari Jumaat.
1. Memperbanyak Selawat Nabi
     Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda yang ertinya, “Sesungguhnya hari yang paling utama bagi kalian adalah hari Jumaat, maka perbanyaklah selawat kepadaku di dalamnya, karena selawat kalian akan ditunjukkan kepadaku, para sahabat berkata: ‘Bagaimana ditunjukkan kepadamu sedangkan engkau telah menjadi tanah?’ Nabi bersabda: ‘Sesungguhnya Allah mengharamkan bumi untuk memakan jasad para Nabi.” (Shohih. HR. Abu Dawud, Ibnu Majah, An-Nasa’i).....

Friday, March 25, 2011

Hikmah ayat kursi mengikut hadis

1) Barang siapa membaca ayat Al-kursi bila berbaring di tempat tidurnya, Allah SWT mewakilkan dua orang Malaikat memeliharanya hingga subuh.
2)Barang siapa membaca ayat Al-Kursi di akhir setiap sembahyang fardhu, dia akan berada dalam lindungan Allah SWT hingga sembahyang yang lain.
3)Barang siapa membaca ayat Al-Kursi di akhir tiap sembahyang, dia akan masuk syurga dan barang siapa membacanya ketika hendak tidur, Allah SWT akan memelihara rumahnya dan rumah-rumah disekitarnya.
4)Barang siapa membaca ayat Al-Kursi di akhir tiap-tiap solat fardhu, Allah SWT menganugerahkan dia setiap hati orang yang bersyukur, setiap perbuatan orang yang benar, pahala nabi2, serta Allah melimpahkan rahmat padanya.
5)Barangsiapa membaca ayat Al-Kursi sebelum keluar rumahnya, maka Allah SWT mengutuskan 70 000 Malaikat kepadanya - mereka semua memohon keampunan dan mendoakan baginya.
6)Barangsiapa membaca ayat Al-Kursi di akhir sembahyang, Allah SWT akan mengendalikan pengambilan rohnya dan dia adalah seperti orang yang berperang bersama Nabi Allah sehingga mati syahid
7)Barang siapa yang membaca ayat Al-Kursi ketika dalam kesempitan nescaya Allah SWT berkenan memberi pertolongan kepadanya.

#Sesungguhnya solatku, ibadahku, hidupku dan matiku hanya kerana Allah swt#