Social Icons

Showing posts with label Wanita. Show all posts
Showing posts with label Wanita. Show all posts

Monday, February 13, 2012

Tips Usaha Mencari Jodoh Bagi Kaum Wanita

Bismillahirrahmanirrahim..
Jodoh itu telah ditetapkan, bezanya samada kita mendapatkannya dengan cara mulia atau cara hina..
Pilihlah !!
Adakah wanita perlu berusaha?
Ya, wanita juga perlu berusaha tapi bagaimanakah caranya??

1,Berusahalah menyediakan diri sebagai produk 'solehah' yang diidam-idamkan. Biasanya produk 'solehah' yang bermutu tinggi dari segi agama dan akhlaknya mempunyai permintaan tinggi di dunia dan di akhirat. Apabila sesuai masanya dan tepat orangnya, serahkanlah 'kesediaan hati' anda untuk dirisik dan dipinang dengan jalan yang  syarak.

2,Berusaha mengawal diri supaya jangan gedik, mudah menyerah kalah dan mudah melayan karenah wanita sebegini biasanya begitu senang untuk dimiliki oleh lelaki yang tidak berakhlak sahaja. Biasanya wanita yang senang dimiliki (hanya dengan sedikit godaan berupa SMS, call, puji-pujian dan lain-lain), senang pula untuk dipersia-siakan.

3,Berkawan dengan rakan-rakan sejantina yang solehah. Jodoh anda mungkin di kalangan abang mereka, saudara mereka dan sebagainya yang soleh-soleh juga. Jelaskan niat bahawa bukan itu matlamat tapi wasilah semata-mata.

4,Jika anda terpikat kepada agama dan akhlak seorang lelaki dan anda ingin memulakan, pilihlah cara melalui orang tengah yang soleh. Jangan menghantar hasrat terus kepadanya kerana ia boleh menjatuhkan martabat dan kemuliaan 'malu' anda di matanya.

5,Minta ibu bapa, abang, atau saudara-mara yang carikan untuk anda

6,Jika anda dirisik secara langsung oleh lelaki dan anda memang menyenangi agama dan akhlaknya serta berkeyakinan dia boleh berubah menjadi lebih baik, mintalah dia merisik dengan cara yang lebih mulia iaitu dengan terus melibatkan ibu bapa, bukan hanya berdua-duaan antara anda dan dia. Ingat cara yang menggunakan orang tengah dan menjauhi fitnah itu adalah cara yang dilakukan oleh Rasulullah saw.
#Sumber : Fatimah Syarha Mohd Noordin

#Sesungguhnya Solatku, Ibadah, Hidupku dan Matiku hanya kerana Allah swt# 

Saturday, November 26, 2011

..::Sopan Itu Cantik::..

Sopan Itu Cantik
Itulah ungkapan yang ditujukan khas kepada perempuan.
Kesopanan yang jelas kelihatan dari kaca mata manusia jelas juga mencerminkan keperibadian akhlak seseorang perempuan yang baik.
Sebagaimana firman Allah swt yang bermaksud :
"Wahai Nabi, suruhlah isteri-isterimu dan anak-anak perempuanmu serta perempuan-perempuan yang beriman, supaya melabuhkan pakaiannya bagi menutup seluruh tubuhnya (semasa mereka keluar), cara yang demikian lebih sesuai untuk mereka dikenal (sebagai perempuan yang baik-baik) maka dengan itu mereka tidak diganggu . Dan (ingatlah) Allah adalah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.(Surah Al-Ahzab) 
Sungguh benar, Allah sangat sayangkan perempuan yang baik-baik.
Pesan Allah menyuruh kita supaya menjaga diri dari diganggu dengan memakai pakaian yang diredhai Allah,pakaian yang menutup aurat, pakaian yang tidak terlalu menonjol warnanya sehinggakan mendatangkan fitnah, pakaian yang apabila melihatnya mereka teringatkan Allah swt, pakaian yang boleh melindungi diri dari kemaksiatan yakni pakaian yang bertaqwa.

Wednesday, August 3, 2011

Khas buatmu puteri-puteri islam



Saudariku..
Renungkanlah isinya, hayati maknanya, aplikasikanlah ilmunya dan sematkanlah di kalbumu selamanya. Jadikanlah pesanan ini sebagai azimat dalam meneruskan perjuangan dan impianmu, untuk muncul unggul sebagai srikandi yang mempertahankan agama Allah.Insya-Allah...
Saudariku...
Sesungguhnya kejadianmu sungguh unik, tercipta dari tulang rusuk Adam yang bengkok, menghiasi taman-taman indah lantas menjadi perhatian sang kumbang.
Kau umpama sekuntum bunga, harum aromanya bisa menarik perhatian sang kumbang untuk mendekatimu. Namun, tidak semua bunga senang untuk didekati oleh sang kumbang lantaran duri yang memagari dirinya...