Social Icons

Showing posts with label Nasihat. Show all posts
Showing posts with label Nasihat. Show all posts

Saturday, October 22, 2011

Ya Allah..sakitnya - Ujian DariNya

Bismillahirrahmanirrahim....
Alhamdulillah, bersyukur ke hadrat Ilahi kerana masih memberi semangat untukku mengisi entry baru dari isi hati untuk dikongsikan bersama.
"Sesungguhnya Allah bersama dengan orang-orang yang sabar"
Banyakkan bersabar di atas setiap cabaran dan dugaan yang datang. 
Kesakitan yang datang adalah dari Allah.Nikmat sihat dan sakit sangat perlu disyukuri oleh setiap manusia yang bergelar hamba.
Tidak ku tahu, tidak ku duga. Allah itu Maha Penyayang terhadap hambaNya.Aku diserang kesakitan yang amat sangat. Kepala terasa sangat sakit sehinggakan badan ini seolah-olah tidak bermaya.Badan yang lemah ini tidak mampu menahan rasa terketar-ketar menduga tiba.Tiba-tiba badan terasa menggigil. Tidak mampu berbuat apa-apa. (Allah,Allah,Allah)....kepadanya sahaja yang aku pohon pertolongan.Sakit kepala ini menjadi-jadi...

Thursday, September 8, 2011

..::Bersyukurlah - Disebalik Lima Jari


Pelbagai hikmah dan tafsiran yang boleh diandaikan di sebalik jari anda yang lima. Cuba perhatikan perlahan-lahan jari anda. Kemudian, genggam ia kuat-kuat dan angkatkan ke atas. Laungkan ... "Allahu Akbar" sekuat-kuatnya. Itulah Rukun Islam yang mesti dijunjung. Luruskan ia ke hadapan dalam keadaan terbuka. Renung dalam-dalam. Kewajipan solat lima waktu jangan diabaikan...

Kemudian lekapkan jari itu di atas meja, perhatikan. Bermula daripada jari kelingking yang kecil dan kerdil, seperti manusia dan apa sahaja akan bermula daripada kecil kemudian besar dan terus membesar. Itulah fitrah insan dan alam seluruhnya. Apa sahaja yang dilakukan mesti bermula daripada kecil. Bak kata pepatah "melentur buluh biarlah daripada rebungnya". Kegagalan mendidik di usia ini akan memberi kesan yang besar pada masa hadapan.

Thursday, September 1, 2011

Taubat


Taubat Yang paling utama dalam bertaubat adalah :
1. menyesali perbuatan,
2. memohon ampun kepada Allah dan 
3. bertekad kuat tidak mengulanginya. 
Penyesalan yang dilakukan hendaknya didasari oleh perenungan yang mendalam dan membekas di dalam hati. Bukan sekadar keinginan sesaat yang kemudian sirna dan lenyap. Namun untuk kelengkapan taubat itu, ada hal-hal lain yang perlu diperhatikan agar menjadi taubat yang sebenar-benarnya....
- a. Keluar/Pindah Lingkungan Pergaulan Agar taubat itu jangan sampai terulang lagi dengan cara pindah  dari suasana dan lingkungan yang selama ini memberikan peluang melakukan itu. Orang yang taubat harus hidup di tengah orang-orang sholeh dan selalu menjaga hukum Allah. Bukan lingkungan yang mendiamkan apabila ada kemungkaran dan kebatilan. Sehingga apapun yang dia lakukan, selalu ada orang-orang yang dengan ikhlas mengingatkan.

Thursday, August 11, 2011

LELAKI ACUAN AL-QURAN

Lelaki Acuan Al-Quran Ialah Seorang Lelaki Yang Beriman
Yang Hatinya Disaluti Rasa Taqwa Kepada Allah SWT
Yang Sentiasa Haus Dengan Ilmu
Yang Sentiasa Dahaga Dengan Pahala
Yang Solatnya Adalah Maruah Dirinya
Yang Tidak Pernah Takut Berkata Benar
Yang Tidak Pernah Gentar Untuk Melawan Nafsu

Sunday, August 7, 2011

Kita sebenarnya......

KITA SEBENARNYA..
lebih gembira menyambut 1hb. Januari daripada 1 Muharram.

KITA SEBENARNYA.. lebih tahu apa itu 14 Februari daripada 12 Rabiulawal
KITA SEBENARNYA..
lebih membesarkan hari Sabtu dan Ahad daripada hari Jumaat.
KITA SEBENARNYA..
lebih khusyuk mendengar lagu daripada mendengar azan.
KITA SEBENARNYA..
lebih suka lepak, tidur, tengok tv daripada sembahyang.


Wednesday, August 3, 2011

Kisah dari pokok epal

Suatu masa dahulu, terdapat sebatang pokok epal yang amat besar. Seorang kanak-kanak lelaki begitu gemar bermain-main di sekitar pokok epal ini setiap hari. Dia memanjat pokok tersebut, memetik serta memakan epal sepuas-puas hatinya, dan adakalanya dia berehat lalu terlelap di perdu pokok epal tersebut. Budak lelaki tersebut begitu menyayangi tempat
permainannya. Pokok epal itu juga menyukai budak tersebut.
     Masa berlalu... budak lelaki itu sudah besar dan menjadi seorang remaja. Dia tidak lagi menghabiskan masanya setiap hari bermain di sekitar pokok epal tersebut. Namun begitu, suatu hari dia datang kepada pokok epal tersebut dengan wajah yang sedih. "Marilah bermain-mainlah di sekitarku," ajak pokok epal itu. "Aku bukan lagi kanak-kanak, aku tidak lagi gemar bermain dengan engkau," jawab budak remaja itu. "Aku mahukan permainan. Aku perlukan wang untuk membelinya," tambah budak remaja itu dengan nada yang sedih. Lalu pokok epal itu berkata, "Kalau begitu, petiklah epal-epal yang ada padaku. Jualkannya untuk mendapatkan wang...

Ada Kekuatan Di Dalam

Ada kekuatan di dalam Cinta,
Orang yang sanggup memberikan cinta
adalah orang yang kuat
Kerana ia bisa mengalahkan keinginannya
Untuk mementingkan diri sendiri...
Ada kekuatan dalam Tawa Kegembiraan,
Orang tertawa gembira adalah orang yang kuat
Kerana ia tidak pernah terlarut dengan tentangan dan cubaan...

Ada kekuatan di dalam Kedamaian Diri,
Orang yang dirinya penuh damai bahagia adalah orang yang kuat
Kerana ia tidak pernah tergoyahkan
Dan tidak mudah diumbang-ambingkan..
Ada kekuatan di dalam Kesabaran,
Orang yang sabar adalah orang yang kuat
Kerana ia sanggup menanggung segala sesuatu
Dan ia tidak pernah merasa disakiti....

Sunday, January 23, 2011

Taklifah minAllah

Dengan ucapan bismillahirrahmanirrahim ku mulakan pena ku ini....
    Allah Maha Besar..Allah is Almighty. Dia menciptakan manusia tidak lain hanya untuk mengabdikan diri kepadaNya. dari hari ke hari, ku rasakan hidup ini penuh dengan ujian, yang tidak diduga pasti menjengah walaupun hanya sedikit. ku cuba untuk berdiri teguh supaya tidak goyah ditiup angin dek kerana lemahnya iman dan kurangnya amalku seharian. Allah telah berjanji kepada hambaNya yang taat dan patuh pada perintahNya pasti akan mendapat ganjaran berlipat kali ganda dengan kebaikan yang dibuat oleh mereka.

    Malam pertama di syurga menanti kita dengan keindahan dan nikmat syurga yang Allah telah sediakan untuk hambaNya yang beriman dan soleh. ''Keindahan sungai-sungai syurga yang pasti, ia terus mengalir dan tidak pernah berhenti, terletak di bawah ghuraf (mahligai), istana-istana dan taman -taman penghuni syurga. Sungai-sungai tersebut berupa sungai madu, sungai khamar yang tidak memabukkan, sungai susu dan sungai air yang jernih yang tidak pernah berubah rasanya. Sungai-sungai syurga memancar dari bahagian atas syurga, kemudian mengalir turun ke bawah menuju kesemua tingkatan-tingkatan syurga'' seperti tersebut dalam hadis yang bermaksud :
            "Sesungguhnya Firdaus itulah tempat terbaik dan tertinggi darjatnya. Di atas Firdaus terdapat 'Arasy Allah, dan dari situ mengalir sungai-sungai syurga"
                                                                                                                                           (HR. Bukhari)
........SUBHANALLAH, Maha Suci Allah..........
Wahai sahabatku yang sudi bertandang ke laman tautan ukhuwah ini, ingatlah Allah, ingatlah Allah, ingatlah Allah..pasti hidupmu akan tenang dan segala urusan kita pasti akan jadi senang dan mudah. belajar,belajar, belajar, itulah tanggungjawab kita sebagai pelajar. jika tidak pada Allah kita mengadu masalah kepada siapa lagi?..dari Allah kita datang dan kepada Allah jua kita kembali.. cuba kita renung kembali....

#Sesungguhnya solatku, ibadahku, hidupku dan matiku hanya kerana Allah swt#