Social Icons

Showing posts with label Kisah Zaman Nabi. Show all posts
Showing posts with label Kisah Zaman Nabi. Show all posts

Friday, August 5, 2011

Dari Ali bin Abi Talib ra...

     Ali bin Abi Talib r.a. berkata,  "Sewaktu Rasullullah saw duduk bersama para sahabat Muhajirin dan Ansar, maka dengan tiba-tiba datanglah satu rombongan orang-orang Yahudi lalu berkata,  'Ya Muhammad, kami hendak bertanya kepada kamu kalimat-kalimat yang telah diberikan oleh Allah kepada Nabi Musa a.s. yang tidak diberikan kecuali kepada para Nabi utusan Allah atau malaikat muqarrab.' 



    Lalu Rasullullah saw bersabda, 'Silakan bertanya.'  Berkata orang Yahudi, 'Sila terangkan kepada kami tentang 5 waktu yang diwajibkan oleh Allah ke atas umatmu.' 
Sabda Rasullullah saw, 'Sembahyang Zuhur jika tergelincir matahari, maka bertasbihlah segala sesuatu kepada Tuhannya. Sembahyang Asar itu ialah saat ketika Nabi Adam a.s. memakan buah khuldi.Sembahyang Maghrib itu adalah saat Allah menerima taubat Nabi Adam a.s. Maka setiap mukmin yang bersembahyang Maghrib dengan ikhlas dan kemudian dia berdoa meminta sesuatu pada Allah maka pasti Allah akan mengkabulkan permintaannya....

Tuesday, December 21, 2010

In the name of Allah the Merciful


 عن أبي ذر جندب  بن جنادة وأبي عبد الرحمن معاذ بن جبل رضي الله عنها عن رسول الله صلى الله عليخ وسلم قال : اتق الله 
 حيثما كنت وأتبع السيئة الحسنة تمحها وخالق الناس بخلق حسن
Diriwayatkan dari Abu Dzar Jundub bin Junadah dan Abu 'Abdur Rahman Mua'adz bun Jabal Radhiyallahu 'anhuma, dari Rasulullah s.a.w, baginda bersabda : "Bertaqwalah kepada Allah di mana pun kamu berada. Dan ikutilah kejahatan dengan kebaikan itu akan menghapuskannya. Dan pergaulilah manusia dengan akhlak yang terpuji".
...Seorang perindu cinta abadi yang taat beribadah kepada Allah, mengabdikan dirinya kepada Yang Maha Esa. Cintanya hanya kepada Ilahi melebihi segala. Rabiah Al-Adawiyah insan yang tidak pernah kenal erti putus asa, lemah, dan rela untuk tidak menerima ijab dan qabul dengan mana-mana jejaka sebagai teman hidup kerana temannya yang hakiki dikala waktu suka dan duka hanya Allah swt..subhanallah...
  

سبحان الله, الحمد لله, ولا اله إلا الله, الله اكبر


#Sesungguhnya solatku, ibadahku, hidupku dan matiku hanya kerana Allah swt#