Social Icons

Showing posts with label Psikologi Islam. Show all posts
Showing posts with label Psikologi Islam. Show all posts

Tuesday, December 6, 2011

..::Psikologi Dakwah::..

Assalamualaikum Sahabat,
Saya tertarik untuk mengetahui dengan lebih mendalam lagi mengenai 'psikologi dakwah'..
~ Bagaimana nak fahami maksud psikologi dakwah?
~ Bagaimana nak aplikasikan pengetahuan mengenai psikologi dakwah ini supaya sampai kepada mad'u yang sangat disayangi kerana Allah?
~ Bagaimana nak meletakkan psikologi menyeru kepada kebaikan ini pada tempatnya yang betul?
-kalau siapa-siapa yang ingin berkongsi maklumat, silakan saja-
Sebagai khalifah Allah di muka bumi ini, tidak akanku pernah mengabaikan manusia lain dalam menuju keredhaan Allah, InsyaAllah........
ingin sama-sama masuk syurga,
ingin sama-sama menikmati keindahan syurga firdausi,
ingin merasai kelazatan cinta Allah ,
ingin mengecapi kebahagiaan di dunia dan juga di akhirat ....
Moga Allah perkenankannya..
Sebagai seorang daie, wasilah yang terbaik untuk berdakwah adalah mengenali mad'u itu mengikut karakter mereka tanpa mengubah apa-apa yang boleh membuatkan akhlak kita turut terpesong....
Ingatlah, tugas kita adalah untuk menyeru manusia itu kepada kebaikan dan mencegah mereka dari kemungkaran..