Social Icons

Tuesday, February 7, 2012

::Salam Maulidur Rasul::

Alhamdulillah tanggal 12 RabiulAwal 1433h bersamaan 5hb Februari 2012 telah pun menjelma...

Inilah hari yang bersejarah buat umat Islam yang menyambut maulidur rasul.
Di malaysia, negara ini tidak ketinggalan untuk umat Islam menyambut dengan mengadakan perarakkan berselawat beramai-ramai.
Semoga dengan segala usaha ini tidak sia-sia.
Bagi sahabat yang tidak menyertai perarakkan tersebut, itu tidak bermakna kita tidak menyambut kemeriahan suasana maulidur rasul, itu hanya salah satu tanda hormat, kasih dan cinta kita kepada junjungan Nabi Muhammad saw..
Antara tanda kesetiaan, kecintaan dan kasih sayang kita kepada Baginda adalah memperbanyakkan berselawat dengan hati yang kasih dan rindukan baginda saw.

Sabda Rasulullah (S.A.W.) yang bermaksud: “Barangsiapa yang berselawat ke atasku dengan sekali selawat nescaya Allah (s.w.t) akan berselawat ke atasnya sepuluh kali”. [Hadith riwayat Imam Muslim daripada Abdullah bin Amru bin Al-‘Ass r.a]...

Ulama' menyatakan, maksud Allah berselawat bukanlah Allah itu turut berselawat macam kita, tetapi selawat Allah merujuk kepada rahmat dan keampunan Allah kepada orang yang berselawat #

......Menunggu kedatanganmu seorang jejaka, yang punya peribadi yang sangat mulia, baik hati, berlemah lembut dalam dakwahmu, semua orang sangat mengasihimu, itulah kelebihanmu, Allah sangat mengasihimu.. Muhammad namamu, nama yang sangat agung disisi Rabbmu..Sebagai tanda kecintaanku kepadamu, selawat dan salam ke atas mu akan ku ucapkan seumur hidupku.......

“Dikala dikau dilahirkan , bumi bersinar terang Hinggakan nyaris-nyaris pasak-pasak bumi tidak mampu untuk menanggung cahaya mu, Dan kami dapat terus melangkah Lantaran kerana sinar dan cahaya dan jalan yang terpimpin.” (Syair bapa saudara nabi,Al-'Abbas)

 

#Sesungguhnya Solatku, Ibadahku, Hidupku dan Matiku hanya kerana Allah swt#

0 comments:

Post a Comment