Social Icons

Featured Posts

Monday, October 1, 2012

Munajat Di Pertiga Malam TerakhirMu

Bismillahirrahmanirrahim.. Alhamdulillah syukur ke hadrat Ilahi

Di saat ini, Aku meninggalkan bantal yang empuk dan katil yang tersergam kemasnya.

Aku berkorban untuk merasai semua itu kerana aku menantikan sesuatu perkara yang lebih indah dan menenangkan hati. Di saat manusia lain lena dibuai mimpi, aku tidak dapat melelapkan mata. Sangat rugi jika aku tidak merebut peluang ini. Aku tidak hanyut dengan godaan syaitan.

Aku melangkah menuju ke bilik air yang berdekatan. Wudhuk ku ratakan dan sempurnakan. Hanya untuk Mu Ya Allah. Aku ingin sentiasa berada disampingMu kerna aku tahu di dalam suka dan duka pasti ada-Mu. Aku tidak mahu lalai dalam menikmati keindahan dunia ini. Dari pagi, petang dan kini malam silih berganti. Aku gagahkan diri.

Jam menunjukkan tepat 3.30 pagi. Inilah yang aku tunggu-tunggu. Bersedia untuk menghamparkan tikar sejadah untuk tawajuh cinta. Melihat telekung sembahyangku. Alangkah baiknya aku tidak membiarkan telekung itu menjadi perhiasan di bilikku sahaja dan kini aku memakainya untuk semata-mata ingin memenuhi pengharapanku dan kerinduanku.

Ya Ilahi, aku ingin merebut kesempatan ini. Engkau telah memudahkan hatiku ini untuk bertahajud di pertiga malam. Engkau telah membuka hatiku untuk sentiasa bertaubat kepadaMu. Engkau telah menyedarkanku tentang keindahan beribadat dikala manusia lain sedang tidur dan aku bangun gagah berdiri untuk menikmati keindahan dan ketenangan dari Tuhan Yang Esa.

Di dalam solatku, tidak dapat aku ungkapkan dengan kata-kata betapa bersyukurnya aku dengan rahmatMu Ya Allah. 

Di dalam doaku, aku merintih mengharapkan penerimaan Mu. Aku merintih dan merayu denganMu Yang Maha Mendengar lagi Maha Mengasihani. Ya Allah, ampunilah dosa-dosaku. Kasihanilah umi ayahku sebagaimana mereka mengasihaniku sejak dari kecil lagi. Airmataku semakin bercucuran membasahi pipi. Tidak dapat aku menahannya. Aku membiarkan saja ia mengalir membasahi pipi dan telekung sembahyang. Inilah kesedaran yang Allah campakkan di dalam hatiku ini. Selalu saja ingin bermunajat kepadaMu. Selalu saja ingin merebut saat dan ketika ini. Saat yang mana sangat sepi. Tiada sebarang bunyi. Saat yang menyenangkan. Saat yang sangat makbul doa seorang hamba. Saat yang sangat dekat dengan Allah swt. Terasa diri ini sahaja yang hidup ketika ini. Terasa kesunyian. Tetapi…

Aku tidak sendirian kerana aku ada Allah yang Maha Melihat setiap gerak geriku.
Aku ada Allah yang Maha Mendengar setiap doaku dan rintihanku.
Aku ada Allah yang Maha Mengetahui isi hatiku yang sangat aku dambakan.
Aku ada Allah Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang. Itulah yang lebih meyakinkanku.

Alhamdulillah.

#Sesungguhnya Solatku, Ibadahku, Hidupku & Matiku hanya kerana Allah swt#

Friday, September 7, 2012

Himpunan Hijau Peringkat Negeri Kelantan

KINI gilirannya di Kelantan!!
Selamat Datang ke Machang
Ayuh sahabat !!
Sama-sama kita meriahkan
'Himpunan Hijau Ke Putrajaya'
peringkat negeri Kelantan.


Tarikh: 13 Sep 2012 bersamaan 26 Syawal 1433h
Hari: Khamis
Jam: 4ptg-12tgh mlm
Tempat: Padang Majlis Daerah Machang

Hidup  dan bangun bersama Islam
Takbir! AllahuAkbar! Takbir! AllahuAkbar! Takbir! AllahuAkbar!

Buktikan tanda sokongan kita terhadap perjuangan Islam untuk menegakkan kebenaran, tidak kira kita dapat hadir atau tidak asalkan hati dan semangat kita kepada gerakan dan perjuangan Islam itu tiada tolak-bandingnya dengan sesuatu yang lain. Hati ini hanya untuk Islam, setiap susah payah penat jerih perlu ditempuhi bersama. JEMAAH adalah kekuatan orang Islam Itu sebabnya kita perlu bersatu dan berpadu pada jalan yang betul

..Al-kisahnya Machang..
Alhamdulillah, bersyukur kepada Allah sebab bui rakyat kelate peluang untuk berkumpul bersama-sama. Mesti ramai nok tahu gapo dio laa..
"Ambo nok royak sikit ni, untuk sumo rakyat kelate tok kiro la dok mano, kito rakyat kelate beruutung sebab kito duk di bawah negeri kelate, bawah pemerintahan ulama, Tok Guru, bersyukurlah banyok-banyok. Kito ni masih diberi peluang oleh Allah. Ambo asal mache. Ambo banggo sangat sebab himpunan hijau ni buat di mache. mesti ore mache tok sabar doh. Untuk pengetahuan umum, seminggu sebelum tarikh ni, di SMK Hamzah Machang ado buat Majlis Jamuan Raya, PM and seangkatan dengan dio mari blako.. Sungguh meriah sebab Perdana Menteri Malaysia mari mache kelate. Rakyat mache pening doh loni sebab demo keno 'basuh' tok mudoh.hehe.. Tapi hanya orang yang dikehendaki Allah sahaja boleh berfikir dengan waras, memahami dan berpihak kepada perjuangan Islam yang sebenar. Ambo tengok sini, sungguh licik dan sungguh bijoknya demo. Tapi ambo raso tok saloh Najib mari kelate, niat dio tue penting sekali. Tak dok gapo doh hok lain, mesti lah berkaitan dengan politik UMNO. Harap-harap la Allah bukok pintu hati dio untuk memerintah negara ni ikut ajaran Islam sebenar. Ambo pun raso sedih jugok sebab kito sumo ore Islam baloh sesama sendiri. Allah suruh kito bersatu tapi jadi sebaliknya. Sungguh la ado sebab tertentu buleh jadi gini. Ambo terus terang oyak sini, berdasarkan gapo hok kito tengok, perhati kehidupan dio setakat ni, PM kito loni adalah pemerintah yang tidak bertaqwa. Tokleh nok bimbing isteri dio pakai tudung lagi, tutup aurat, taat dan ikut gapo Allah suruh, kehidupan dio terlalu mewoh, terlalu penting ko dunia lebih dari penting ko akhirat.."

Sangat berharap kepada semua sahabat-sahabat,
Supaya buka minda, celik hati, intai diri, intai keluarga, intai masyarakat dan seterusnya intai pemerintah Malaysia kita kini. Nilailah sendiri setiap kelebihan, kelemahan, kekurangan yang ada dan kemenangan yang dicapai. Sesungguhnya Allah masih memberi beliau peluang untuk memerintah negara berlandaskan Al-Quran dan Sunnah, mencakupi seluruh aspek kehidupan manusia. Sungguh bersangka baik dan berdoalah, mungkin mereka memerlukan masa dan peralihan penghijrahan ke arah kebaikan. mungkin hari ini, mungkin esok, mungkin lusa, mungkin minggu depan, mungkin bulan depan, mungkin tahun depan, mungkin 2 tahun akan datang. Hanya Allah sahaja yang tahu.

Apakah pengakhirannya pemerintah Malaysia hari ini??
Apakah perubahan yang difikirkan lagi untuk kemajuan dunia??
Apakah idea-idea yang terlintas difikirannya. Apakah lagi pengisian yang ingij diisi di bumi Malaysia ini??
Apakah lagi perancangan dan perlaksanaan yang wajar diketengahkan untuk rakyat Malaysia?
Apakah keegoaan seorang lelaki itu mengatasi segalanya?
Apakah isteri dan anak-anaknya sama-sama ingin berubah atau masih banyak lagi perancangan ke arah hiburan, keseronokan yang ingin dipanjangkan lagi dalam hidup ini?
Apakah baju, beg, cincin, make-up, sofa mewah, kasut, kereta, rumah, dan perhiasan dunia masih ingin dimegahkan dan ingin dibeli, ditukar lagi?
Banyak lagi persoalan yang ingin diketengahkan supaya kita celik minda.

Kita berfikir sahaja, dan bertanya sahaja bukan menyelesaikan masalah. Tapi sekurang-kurangnya kita berfikir ke arah pencerahan Islam di Malaysia. Kita sebagai rakyat dan individu mempunyai peranan sendiri. Jangan kita hanya mengharapkan perubahan malaysia berdasarkan kepada pemerintahnya sahaja. Hendaklah kita mengubah diri kita sendiri dahulu.

"Sesungguhnya Allah tidak akan mengubah keadaan sesuatu kaum itu sebelum mereka mengubah keadaan diri mereka sendiri" (Surah Ar-Ra'd:11)

Bukankah setiap perlakuan itu bermula dari rumah?
Bukankah terdidiknya seseorang itu apabila mereka berjaya mendidik diri berdisiplin dalam mengikuti perintah Allah?
Bukankah seseorang itu mempunyai tiang agama apabila ditegakkan dan diamalkan setiap sunnahnya?

"Pemimpinlah yang bisa mengubah sesebuah organisasi itu lain dari yang lain"
"Pemimpinlah yang bisa mengarahkan dan mengerahkan tenaga-tenaga orang di bawahnya"

In a nutshell, saya berharap kita kukuhkan ukhuwwah, mantapkan amalan dan kuatkan jemaah.
Mohon maaf sekiranya terkasar bahasa, tersilap kata dalam setiap bait-bait ayat di atas. Diri ini cuba sedaya upaya memahami dan masih di tahap sederhana. Tarian gerak jari jemari ini semakin longlai. Setakat ini sahaja untuk entry kali ini, terima kasih kerana sudi menatap, membaca, memahami, menjengah dan menjenguk.

InsyaAllah, JOM Meriahkan Himpunan Hijau di Mache..

#Sesungguhnya Solatku, Ibadahku, Hidupku dan Matiku hanya kerana Allah swt#

Tuesday, July 31, 2012

Happy Fasting 2012


 
Selamat menjalani ibadah puasa sebulan 
kepada semua umat Islam tidak kira di Malaysia atau di mana-mana negara.. 
sudah tentunya berpijak di bumi Allah jua.


Beramallah mengikut kemampuan
Kalau tidak dapat buat semua, jangan tinggal semua
Peringatan buat diri ini juga


#Sesungguhnya Solatku, Ibadahku, Hidupku dan Matiku hanya kerana Allah Taala#

Monday, July 16, 2012

CINTA

Cinta,
Benarlah cinta yang menghuraikan segalanya,
Segala perkara,
Setiap masa, setiap tempat, setiap sudut, setiap rasa,
Huraian cinta membuatkan kita jadi gila, 
Gila dalam lupa,
Lupa akan indahnya cinta.

Benar,
Indahnya cinta manusia,
Tatkala dizahirkan rasa,
Kedua-duanya ghairah akan kejernihan cinta,
AllahuRabbi.....



Bila ungkapan itu dijelma,
Terasa sebak datang menerpa,
Entah mengapa.

Entah kenapa diri, airmata ini sukar dibendung,
Airmata ini adalah airmata kerinduan,
Airmata ini adalah airmata kasih sayang,
Airmata ini adalah airmata ketakutan,
Airmata ini adalah airmata keresahan,
Airmata ini adalah airmata pengorbanan,
Airmata ini adalah airmata ketenangan,
Bila mengenangkannya, hati terus terpaut mengingati Allah,
Hebatnya cinta manusia,
Cinta yang berpaksikan Allah semata-mata, hanya kerana Allah,
Cinta yang sangat indah,
Tiada sepatah kata yang boleh diungkapkan lagi,
Tiada setitik air yang boleh dijatuhkan lagi, 
Hebatnya cinta kerana Ilahi....

#Sesungguhnya Solatku, Ibadahku, Hidupku & Matiku hanya kerana Allah swt#

Sunday, July 15, 2012

Pejuang-pejuang Agama

PERJUANGAN ISLAM


http://www.cetusansahabat.blogspot.com
Ya, itulah perjuangan hakiki...
Berjuang pada jalan Allah Taala..

Firman Allah swt yang bermaksud:

 انفِرُواْ خِفَافًا وَثِقَالاً وَجَاهِدُواْ بِأَمْوَالِكُمْ وَأَنفُسِكُمْ فِي سَبِيلِ اللَّهِ ذَلِكُمْ خَيْرٌ لَّكُمْ إِن كُنتُمْ تَعْلَمُونَ


"Berangkatlah kamu baik dengan rasa ringan mahupun dengan rasa berat, dan berjihadlah dengan harta dan jiwamu di jalan Allah.Yang demikian itu adalah lebih baik bagimu jika kamu mengetahui"

BERJUANGLAH SAHABATKU !!
Setiap pengorbananmu itu tidak pernah sia-sia malah dinilai Allah swt..
Allah sayangkan hambaNya yang menolong agamaNya..

Ingatlah sahabat,
di akhirat kelak apa yang hendak kita jawab di hadapan Allah Taala, apabila ditanya, "Apakah tanggungjawab kamu terhadap agama IslamMu? Apakah yang telah kamu lakukan untuk agamaMu?"..... 


Berjihadlah! 
Sibukkanlah dirimu dengan dakwah! 
Sibukkanlah dirimu di dunia untuk mendapat ganjaran ketenangan di akhirat! 
Sibukkanlah dirimu dalam jemaah kerna kekuatan seseorang itu adalah apabila mereka berjemaah! dan kekuatan ISLAM itu adalah apabila ummatnya bersatu!!
Jangan pernah kamu serik dalam dakwah!
Jangan pernah kamu lari dari medan INI!
Allah.. sangat manis ganjaran pahala & kasih sayang Allah terhadap pengorbananmu ini!..
YAKINLAH DENGAN ALLAH ...
JIKA KITA SAYANG ALLAH, ALLAH JUGA SAYANGKAN KITA ....

..ALLAH tuhanku-MUHAMMAD nabiku-ISLAM agamaku...

#Sesungguhnya  Solatku, Ibadahku, Hidupku & Matiku hanya kepada Allah swt#

Tangisan Rindu Ilahi

Saban malam ku meniti waktu
Ketika insan lain terus terlena
Saat yang berlalu terus ku tunggu
Hatiku ini ingin terus berjaga
Ku cuba sedaya upaya bermujahadah..

Ku rela merehatkan diri sekejap
Diriku ini ingin berjaga malam
Malam ku seolah-olah hidup
Hidup semata-mata ingin mengubat rindu ku
Hanya kerana-Mu Ya Ilahi..
Alangkah bahagianya insan
Jika mereka mengerti tatkala
Insan lain lena dibuai mimpi 
Dari mata terpejam berusaha sekuat hati
Menuju melaksanakan sunnah nabi....

Indahnya dan nikmatnya sang hati
Apabila tangisan rindu dapat dihayati
Di atas tikar sejadah yang penuh suci
Bermunajat kepada Allah,hanya pada Allah Ya Rabbi....

Rindu ku terubat Ya Allah
Rindu dan sayang ku pada-Mu
Rindu untuk melepaskan saat ini
Inilah peluangku untuk mendekati
Inilah saat-saat yang ku ingini dan ku impi...

Ku sebak Ya Allah
Teruja akan sayang-Mu padaku
Engkau masih memberi ruang
Engkau masih menerima rintihanku
Engkau terus merelakanku dengan tangisanku
Tangisan kerinduan dan kesyukuran
Ku menatap dan ku meratap
Setiap bait-bait ayat-Mu
Setiap kurniaan kepada ku
Setiap ciptaan kebesaran-Mu
Setiap janji-janji-Mu untuk hamba-Mu
Hamba yang lemah...

Rinduku masih terasa
Sangat sayang untuk melepaskannya pergi
Moga rindu ini akan ku panjangkan munajat esok hari.....

::HambaMu ini sentiasa mencari keredhaanMu..
::Hasil karya ini diciptakan pada 24 Jun 2012
 
#Sesungguhnya Solatku, Ibadahku, Hidupku dan Matiku hanya kepada Allah swt#