Social Icons

Tuesday, February 7, 2012

....Adakah aku Seorang Dai'e ??

Bismillahirrahmanirrahim..
Kitakah Pendakwah?.. Satu Muhasabah Jujur (cuba introspeksi diri)


Seorang Daie bersegera menunaikan Solat berjamaah apabila azan telah
dikumandangkan

Sedangkan kita selalu melewatkan solat dan hanya sempat dengan saf beberapa detik sebelum Imam salam

Seorang Dai'e mewajibkan dirinya agar tetap membaca Al-Quran setiap hari walau sedikit
Kita sering terlupa membaca Al-Quran dengan beralasan sibuk dan membacanya
sesekali setelah berlalu berhari-hari


Seorang Daie amat memerhati dan menjaga masanya, tidak diisi secara sia-sia
melainkan dengan sesuatu yang terancang dan bermanfaat

Kita kurang memberi perhatian kepada masa, sering membuangnya dengan sia-sia dan melakukan banyak perkara secara kebetulan

Seorang dai'e selalu terasa dirinya diawasi oleh Allah, mengingati akhirat dan
mempersiapkan diri untuk menghadapinya

Kita sering tidak terasa kebersamaan Allah, melupai akhirat dan kematian serta
kerap menangguh-nangguh amal dan taubat
 
 
Seorang Daie suka menghadiri halaqah ilmu, sangat mencintai ilmu dan Ulama
serta berlapang dada dengan teguran atau nasihat sebagai proses peningkatan diri

Kita cepat merasa cukup dengan ilmu yang ada, kurang bermotivasi dengan majlis ilmu dan sukar menerima teguran orang lain

 
Seorang Daie rumahtangganya dihiasi dengan biah solehah, persekitaran tarbiyah, hidup dengan sunnah dan ibadah serta meriah dengan hiburan Al-Quran
atau nasyid-nasyid Islami

Kita rumah menjadi sarang syaitan, kosong dari gema Al-Quran, hambar dari ruh ibadat dan sunnah, penuh dengan maksiat, hiburan, tayangan-tayangan televisyen yang merosakkan akhlak

Seorang dai'e menguasai diri, rasional, berlaku adil terhadap sesiapa pun dan
menetapkan sesuatu dengan benar

Kita sering dikuasai emosi dan marah sehingga membelakangkan keadilan, kebenaran atau kebaikan orang lain

Seorang Daie jiwanya dipenuhi cinta dan kasih sayang, mudah memaafkan, berjiwa
besar dan tidak pendendam

Kita jiwa dirajai dengan benci, suka bermusuhan, sukar memaafkan, keras, kasar

Seorang Daie menjauhi riba, berusaha seupaya mungkin memastikan setiap urusan muamalat terpelihara dari unsur haram dan syubhat.
Kita mencari-cari alasan bagi mengharuskan terjerumus dalam riba, memandang remeh dan tidak sensitive dengan perkara yang haram maupun syubhat dalam muamalat

Seorang Daie memperuntukkan sebahagian harta yang dimilikinya walaupun sedikit untuk dana dakwah.
Kita tidak rasa pentingnya infak, tiada peruntukan untuk dana dakwah kecuali sekali sekala malah zakat (selain zakat fitrah)pun sering terabai

Seorang Daie tahu menguruskan kewangan dan sentiasa menyimpan di masa senang sebagai persiapan di masa kesusahan mendadak.
Kita boros, tidak membudayakan tabungan, suka membuat pinjaman dan tidak mengurus kewangan secara berhemah

Seorang Daie sentiasa berfikir, bangun, berdiri dan bergerak mengusahakan strategi demi strategi untuk menjayakan dakwah Islam
Kita menunggu, menanti, mengharap keajaiban dan kebetulan dalam usaha menjayakan dakwah 

Medan berbicara berbeza dengan medan berfikir, medan amal berbeza dengan medan berbicara, medan jihad berbeza dengan medan beramal, medan jihad yang benar berbeza dengan medan jihad yang salah.

Sangatlah mudah bagi sebahagian besar manusia untuk berfikir. Namun tidak semua yang terdetik dalam benak fikiran mampu terungkap dengan kata-kata yang keluar dari lisan. Banyak orang yang boleh berbicara, tetapi amat sedikit di antara kata-kata ucapan itu tercermin dalam bentuk perbuatan. Masih banyak orang yang mampu berbuat amal, tetapi hanya sedikit yang mampu menanggung beban jihad yang begitu berat. Ada orang yang sanggup menanggung beban jihad, tetapi tidak ramai yang mampu berjihad dengan istiqamah!


Kesimpulannya,
pendakwahkah kita?
Renungkanlah wahai hamba ALLAH yg lemah.. 
  
#Sumber : www.murabbi.net
p/s: Sesungguhnya niat sebenar kita untuk mengajak kepada kebaikan dan mencegah kemungkaran. Jangan kerana lemahnya kita sehingga meruntuhkan niat yang sebenar. Jangan kerana lemahnya kita, perjuangan dakwah dibiarkan begitu sahaja. Jangan kerana lemahnya kita, Islam menjadi lemah.. TAKBIR!!.. Ingatlah, Allah akan bertanyakan kita di padang mahsyar kelak, apa yang engkau pertanggungjawabkan untuk agamamu? Apa yang engkau hulurkan untuk agamamu?....... Bermuhasabah kita sedalam-dalamnya..

#Sesungguhnya Solatku, Ibadahku, Hidupku dan Matiku hanya kerana Allah swt#

0 comments:

Post a Comment