Novel Denyut Kasih Medik - karya Dr. Farhan Hadi
Alhamdulillah,
Novel ini menjadi santapan tiap kali ingin menambah sedikit ilmu pengetahuan yang masih punya banyak ruang untuk dipenuhi dalam isi hati ini.
Isi kandungan menjadi santapan pertama ana, dengan membaca sekali imbas tajuk-tajuk kecil, menambahkan lagi rasa ingin tahu mengenai kasih medik ini.
'Dr.Muslih', itulah watak utama yang berperanan menghidupkan kisah disebaliknya.
Sambil membelek-belek buku ini, ana dapat simpulkan bahawa novel ini fiqh 3 dalam 1, yang menarik minat untuk menelitinya. macam milo 3 in 1 pulak ^_^
tiga sentuhan FIQH- Fiqh Perubatan, Fiqh Wanita dan Fiqh Cinta......
Sangat prihatin Dr.Muslih akan semua pesakitnya. Setiap masalah dapat diselesaikan dengan berhikmah, berfikir dari sudut pandangan islam adalah menjadi kekuatan Dr.Muslih untuk menasihati pesakitnya dalam pelbagai perkara. Apa yang Islam suruh, ajarkan, dan apa yang Islam cegah serta hindarkan. Dr.Muslih adalah seorang yang berani dalam menegakkan kebenaran apatah lagi menyentuh mengenai sensitiviti agama. Bagi ana, 1 dalam 1000 punya doktor begini.. susah untuk menjumpai seorang doktor yang menjadikan agama sebagai panduan dalam setiap kali proses perubatan dilakukan, sangat detail, sangat mendalam dan sangat menghayati.
Dr.Muslih bukan seorang ustaz bukan juga seorang yang berkelulusan dalam bidang agama. Tapi ketaatan dan kepatuhan agamanya menjadikan beliau seorang yang berperibadi mulia dan pemuda yang beriman. Setiap pesakitnya, rakannya dan orang disekelilingnya menjadikan beliau seorang pakar rujuk dalam bab agama. Kesudian dan bersikap lapang dada beliau menerima dan memberi teguran menambahkan lagi keindahan akhlaknya. Berpegangkan kepada Al-Quran dan Sunnah dalam kehidupan seorang yang bergelar doktor. Pasti pembaca akan terpaut hati dengan watak yang dipamerkan oleh Dr.Muslih. Sangat mulia hatinya..
Selain itu, mengetahui istilah dan bahasa kedoktoran adalah satu kelebihan bagi setiap pembaca novel ini. Pendedahan yang ditonjolkan membuka mata masyarakat mengenai tugas dan tanggungjawab seorang doktor. Setiap penat lelah, '0n call'(bekerja di luar waktu pejabat hingga keesokan harinya), dan sehinggakan terpaksa bertarung nyawa demi pesakit menjadi kebiasaan manusia yang bergelar doktor. Penulis juga menyelitkan maksud setiap istilah dibahagian 'footnote'(nota kaki).
Hidup dengan status bujang memberikan banyak ruang dan peluang kepada Dr.Muslih untuk menumpukan sepenuh perhatiannya kepada tugasnya. Tapi sunnah nabi tidak akan ditinggalkannya kerana itu adalah separuh kehidupannya telah disempurnakan. Walaupun sudah mengikat tali pertunangan dengan seorang gadis yang tidak dikenalinya tapi mengetahui kemuliaan akhlaknya, itu sudah cukup meyakinkan Dr.Muslih untuk dijadikan seorang isteri. Apabila agama dipilih, maka yang lain akan turut ikut (kecantikan, harta dan keturunan). Menjadikan Ustaz Basri sebagai perantaraan menyatukan mereka, bertambah yakin Dr.Muslih terhadap Qani'ah..
Seterusnya, bacalah dan hayatilah novel yang memberi inspirasi ini dan bertambah yakin untuk menjadikan agama sebagai panduan kehidupan kita di dunia, apabila kita sudah mengenali setiap situasi dan apa jua keadaan pada setiap saat yang berlalu. Juga tidak lupa akan kehidupan di akhirat kelak. Wallahu'alam.
"Sesungguhnya Solatku, Ibadahku, Hidupku dan Matiku hanya kerana Allah swt"
0 comments:
Post a Comment