Formula
pemakanan genius-genius Islam silam yang menjadi rahsia keajaiban daya intelek
mereka. Formula ini terpendam di dalam kitab-kitab tradisional
dalam bahasa Arab. Tersembunyi dari pengetahuan orang Arab dan umat Islam
sendiri. Namun akhir-akhir ini ada usaha-usaha untuk mengetengahkan
kembali kepada umum. Sekarang semacam ada kecenderungan di kalangan ilmuan
Islam dan bukan Islam untuk mengkaji dan menguji formula ini. Ini didorong oleh penemuan - penemuan saintifik yang membuktikan
kebenarannya, khususnya terhadap susu, madu dan telur.Berikut adalah
formula pemakanan genius - genius Islam yang telah terbukti
berupaya meningkatkan kepintaran dan kekuatan daya ingatan :
1) MADU - Madu adalah
makanan yang sangat berkhasiat. Al-Quran mengiktirafkannya sebagai "
shifa '" iaitu penyembuh penyakit. Manisan madu digelar "Raja Ubat",
dapat menyembuh kebanyakkan penyakit. Ia adalah makanan untuk kesihatan
keseluruhannya. Ia mengandungi pelbagai jenis vitamin, mineral, protein,
antiseptik dan enzim yang meningkatkan ingatan dan kecerdasan mental individu...
Madu juga mengandungi pelbagai zat galian yang penting seperti kalsium,
sulfur, fosforus, zat besi, karbon, magnesium, potassium (kalium),
kuprum, silika, klorin, mangganese dan belerang untuk memupuk tenaga dan
kesihatan fizikal-mental. Rasullullah s.a.w bersabda, "Siapa ingin hafal,
hendaklah ia minum manisan madu". Madu didapati berkesan untuk merawati
penyakit - penyakit mental di mana ia boleh menghindarkan kepenatan kerja
otak seperti berfikir, membaca, merancang dan bermesyuarat.
CARA MINUM : 2
sudu teh pada waktu pagi dan malam.
PANTANG : Jangan
makan tembikai semasa menggunakan madu.
Sangat merbahaya !
2) KISMIS - Mengandungi zat
besi yang amat diperlukan untuk membina darah bagi memastikan
bekalan oksigen yang mencukupi untuk disalurkan ke otak. Kekurangan
oksigen menyebabkan seseorang mudah mengantuk, pelupa, lembab dan mengalami kelemahan
dalam berfikir.
CARA MAKAN :
i)Menghadap
Kiblat
ii)Baca
"Bismillah" dan selawat ke atas nabi (3 kali)
iii)Baca doa
penerang hati
iv)Makan secara
kemam seperti makan gula-gula. Tidak berkesan jika
dikunyah seperti
makan kacang.
v)Makan
sebiji-biji sebanyak 21 biji setiap hari.
3) SUSU SEGAR - Susu berguna
untk kesihatan otak, mempertajamkan ingatan, membekalkan tenaga mental
dan fizikal. Susu mengandungi tiga unsur semulajadi iaitu keju, lemak dan
air yang amat diperlukan untuk pertumbuhan badan dan otak. Susu
adalah makanan yang paling lengkap dan berkhasiat. Ia mengandungi enam
kelas makanan yang amat diperlukan oleh tubuh iaitu karbohidrat,
lemak, protein, semua jenis vitamin, mineral dan air. Ia berkhasiat untuk
merawati kesihatan umum dan merupakan penawar kelupaan yang berkesan.
Rasullullah s.a.w menerangkan susu boleh menguatkan belakang,
menambahi akal, memperbaiki penglihatan dan menghindari penyakit lupa.
Susu yang terbaik untuk ketajaman minda ialah susu kambing, biri -
biri dan lembu yang segar. Susu hidup lebih berkhasiat dari susu debu.
CARA MINUM :
i)Sekurang-kurangnya segelas pada sebelah pagi dan malam
ii)Baca
"Bismillah" dan doa minum susu seperti yang dibaca oleh
Rasullullah
s.a.w
4) TELUR - Bermanfaat untuk
menambah kekuatan otak, badan dan menjaga kesihatan keseluruhannya.
Ahli - ahli kesihatan mengakui ia merupakan makanan yang lengkap dan
berkhasiat. Ia mengandungi protein, mineral, vitamin, kalsium, kuprum,
magnesium, fosforus, kalium, sulfur, natrium, klorin, zat besi, air,
choline dan bahan ekstraktif.
Sabda Nabi s.a.w,
"Sesungguhnya seorang nabi a.s mengadu kepada Allah (kerana
dia)lemah
badan. Maka
Allah s.w.t memerintahkannya supaya memakan telur". Telur
terutama telur
kuning, berupaya mengatasi masalah kelemahan tenaga
fizikal dan
minda sekaligus. Telur yang terbaik ialah telur ayam kampung
dan yang masih
baru.
5) HALIA - Ianya sangat
mujarab untuk gejala kelupaan. Ia boleh dimakan mentah atau dibuat halua.
Halua ialah halia yang dijadikan manis - manisan dengan merebus dan
mencampurkannya dengan gula.
CARA MAKAN :
Dimakan sedikit sahaja pada waktu pagi.
6) LIMAU OREN - Berkhasiat untuk
mengemaskan urat-urat jantung dan menambah kekuatan fikiran menurut
hadis Nabi s.a.w. Limau - limau jenis lain juga elok untuk diamalkan.
7) BUAH DELIMA - Untuk penerang
hati. Sabda Nabi s.a.w, "Barangsiapa yang memakan buah delima
keseluruhannya, sesungguhnya Allah menerangkan hatinya selama 40 hari."
8) DAGING BURUNG
MERPATI - Ianya banyak
digunakan oleh bijak pandai Islam dan Melayu dahulukala. Ia mengandungi
protein, lemak, kalsium, fosforus dan kalori. Sangat efektif untuk
meningkatkan kecerdasan terutama kanak - kanak. Kaedah ini sangat popular dan
berkesan. Kanak - kanak yang diberi telur burung merpati didapati dapat
bercakap lebih awal dari kebiasaannya.
9) OTAK AYAM - Boleh dibuat sup
dan dicampur dengan halia. Otak ayam yang segar juga boleh dibuat
penawar sementara bagi gigitan ular. Perlu diamalkan memakannya.
10) DAGING AYAM - Berbanding
dengan semua jenis daging, ayam dianggap mengandungi kadar zat pemakanan yang
paling tinggi. Daging ayam betina dara terutamanya berkhasiat
meningkatkan prestasi otak dan membaiki darah. Abu Musa r.a meriawayatkan
bahawa Nabi s.a.w memakan daging ayam betina.
11) DAGING
BIRI-BIRI - Menambah darah,
sesuai untuk orang aktif dan bekerja berat serta dapat meningkatkan
kekuatan hafazan.
12) HATI - Terutamanya hati
ayam dan lembu. Mengandungi pelbagai jenis vitamin dan bermanfaat untuk
kesihatan mental dan fizikal.
13) KEKACANG - Beberapa jenis
kacang seperti gajus, berangan, kacang soya, pistachio dan lain-lain.
Kacang pistachio dipercayai sangat efektif untuk meningkatkan kecerdasan
terutamanya kanak-kanak. Memakan kacang pistachio merupakan amalan pemakanan
seorang pelajar genius berbangsa Melayu yang tinggal di Melaka. Kekacang
mengandungi nilai protein yang tinggi.
14) BUAH BADAM - Untuk meningkatkan
kecerdasan.
15) ZA'FARAN :
KOMKOMA ( CROCOS SATIVUS ) - Sejenis bahan
berambu merah. Dimakan sedikit sahaja. Dijual di kedai-kedai
runcit India dan sesetengah kedai runcit Melayu.
16) KEMENYAN
PUTIH ( kemenyan serani/luban/kundar ) - Ditumbuk
halus-halus dan dimakan dengan gula.
17) BUNGA KOBIS - Terdapat sejenis
asid amino untuk tenaga mental.
18) BUNGA
CENGKEH - Ditumbuk
sehingga halus lalu diamakn sedikit sahaja.
19) LABU - Berfaedah
menambahkan keupayaan fikiran dan akal. Sabda Nabi s.a.w.,
"Makanlah
labu kerana ia mencerdaskan akal". Baginda juga berkata, "Jika
kamu membuat sup
(atau kuah), dianjurkan memasukkan labu ke dalamnya
kerana ia
menambahkan kemampuan fikiran dan akal.
20) BUAH KEDEKAI
( MAJALAWI ) - Menguatkan
hafalan dan menguatkan kekuatan badan.
21) MINYAK SAPI - Dimakan terus
atau dicampurkan dengan masakan dalam kuantiti yang kecil.
22)
SAYUR-SAYURAN DAN BUAH-BUAHAN SEGAR - Juga membantu
meningkatkan akal dan memori
(SUMBER)
#Sesungguhnya solatku, ibadahku, hidupku dan matiku kerana Allah swt#
0 comments:
Post a Comment