Social Icons

Wednesday, September 21, 2011

Ilmu Di Dada Hati

Aku seorang pelajar mahasiswa
Masih berstatus pelajar
Ilmu ku kejar, ilmu ku cari
Sebagai bekalan di dada hati
Sebagai petunjuk ke jalan yang diredhai

Sungguh cepat masa berlalu
Semester 3 sedang ku tempuhi
Begitu banyak cabaran dan onak duri
Yang perlu dirasai, yang perlu diterokai
Untuk menggapai sebuah kejayaan hakiki

Ulum Al-Quran, Ulum Hadith, Usul Fiqh,
Tarannum, Tafsir, Sirah Rasul,
Debt Rasm Al-Quran & Fawasil,
Itulah maddah Quran
Grafik Laman Web tidak ketinggalan
Itulah subjek multimedia
Sangat mengujiku tiap satu
Sangat mengkaji tiap satu

Ku iringi usahaku dengan doa
Dengan mengabdikan diri kepada Ilahi
Kerana Allah adalah tujuanku
Kerana Allah ku menuntut ilmu
Moga mendapat kejayaan di dunia
Tidak lupa juga di akhirat 
(hasil karya)

#Sesungguhnya solatku, ibadahku, hidupku dan matiku hanya kerana Allah swt#

0 comments:

Post a Comment