Social Icons

Thursday, August 4, 2011

.:|:. ♥ .:|:. SOAL CINTA .:|:. ♥ .:|:.

Salam Mahabbah Fillah..Ana Uhibbukum Fillah..Barakallahufikum..
Berkata Abu Umamah ra bahawasanya Nabi s.a.w telah bersabda : Allah telah berfirman yang bermaksud : “Aku yang menjadikan kebaikan dan kejahatan, maka berbahagialah siapa yang telah Kuciptakan dia untuk kebaikan, dan Ku takdirkan di tangannya, serta celakalah siapa yang Ku ciptakannya untuk kejahatan, dan Ku takdirkan kejahatan itu ditangannya”….


                Alhamdulillah,
                Setiap insan di dunia ini mengimpikan sesuatu yang terbaik dariNya. Begitu juga dengan diri ana. Ana mengharapkan keredhaan dan pengampunan dari Yang Maha Esa dengan segala perbuatan di dunia ini. Setiap manusia menginginkan seseorang yang bakal menemani hidupnya dalam keadaan senang atau susah. Seseorang yang begitu dekat di sisi sepanjang siang dan malam. Itulah ikatan yang telah diijabkabulkan  melalui perkahwinan yang sah. Tapi, adakah kita telah menemui 'si dia'?

“Sesiapa yang berkahwin sesungguhnya ia telah menyempurnakan separuh dari agamanya maka bertakwalah ia pada separuh yang lain" ... (H.R Al-Tabrani Fil-Ausath)

                Usah risau, usah bimbang,
                Allah telah menjanjikan yang terbaik.
                Telah tertulis di Luh mahfuz bahawa 'si dia' lah yang bakal menjadi pemimpin kita sebagai seorang suami yang bertanggungjawab ke atas isterinya...Cinta itu indah. Keindahan yang muncul dari hati yang begitu menyayangi antara satu sama lain. Cinta yang lahir dari hati yang ikhlas terbukti akan membawa kebahagiaan. Itulah cinta manusia. Tapi jangan sesekali kita lupa bahawa cinta sejati yang kekal abadi hanyalah untuk Allah Rabbul Izzati. Tidak ada cinta lain selain dari cinta untuk beribadat dan menikmati kurniaanNya. Cinta yang Allah redha, Cinta yang Allah senang, Cinta menuju syurgaNya, bukan cinta yang terhenti sekadar di dunia semata-mata… 
Bak kata kumpulan nasyid In-Team dan Mestica dalam lagunya yang bertajuk ‘Kerana Cinta’
♫ Cinta yang sejati hanya cintakan Ilahi ♥
♫♫ Cinta Ayahbonda tulus suci selamanya ♥
♫♫♫♫ Cintakan saudara masa berada hanya sementara  ♥
♫♫♫♫♫♫ Cintakan sesama insan suburkan dengan ketakwaan ♥


Sebagai seorang remaja, ana tidak terlepas dari godaan syaitan yang telah menjanjikan ingin menggoda anak-anak Adam sehinggalah kiamat tiba. Pada zaman muda ini, banyak cabaran yang perlu ditempuh terutamanya yang berkaitan dengan perasaan dan emosi.  Allah swt telah berfirman dalam KitabNya yang bermaksud : “Dan janganlah kamu mendekati zina; sesunggguhnya zina itu adalah satu perbuatan yang keji, Dan suatu jalan yang buruk”.  (Surah Al-Isra’:32)
                                                                                                               
Wahai Adam,
* Jika kalian seorang yang beriman, jauhilah dari kami jika hanya kerana sia-sia.. 
* Jika kalian seorang yang beriman, jagalah pandangan kalian dari melihat kami tanpa sebab..
* Jika kalian seorang yang beriman, janganlah kalian merosakkan kehidupan kami dengan bermain kata-kata nafsu dan rekaan semata-mata...
* Jika kalian seorang yang beriman, kawallah hati kalian dari niat yang menuju ke arah penzinaan (zina hati) –adanya rindu, teringat, cinta, sayang, kasih – dan berfikir ke arah kemaksiatan.. 
* Jika kalian seorang yang beriman, titipkanlah rasa ingin dekat dengan RabbNya(taqarrub) dengan diiringi doa yang tulus ikhlas.. 
* Kuatkanlah imanmu, iman seorang manusia ada bertambah dan ada berkurang. Kita sebagai manusia biasa tidak terlepas dari lemah iman.........

      Memang tidak dinafikan bahawa manusia ingin menyayangi dan disayangi. Adakah kita hanya inginkan kasih sayang dari manusia semata-mata? Sudah tentu tidak. Tetapi, kasih sayang dari manusia yang berpaksikan Allah dalam hati mereka begitu tenang dalam menjalani kehidupan. Nikmat rasanya. Subhanallah...   
    "Ya Allah, Engkau temukanlah aku dengan si dia yang begitu menyintaiMu. Engkau temukanlah aku dengan si dia yang menitikberatkan ilmu agamaMu dari duniawi".. Tidak ku menolak ilmu duniawi kerana ilmu itu perlu dipelajari dan dihayati. Aku hanya menginginkan keikhlasan darimu. Ikhlas dalam berkata-kata, Ikhlas dalam berbicara soal agama, Ikhlas dalam menuntut ilmu, Ikhlas dalam berjihad pada jalanNya, Ikhlas dalam menerimaku sebagai pelengkap hidupmu kelak, Ikhlas dalam beribadat kepada Allah.Ku menerima kekurangan dirimu kerana kita hanya seorang manusia biasa.
Jika benar lelaki itu menyintaimu... 
# Dia tidak akan menyentuhmu sebelum menikahi denganmu..
# Dia tidak akan memanggilmu sayang sebelum menikahimu... 
# Dia tidak akan melihat auratmu sebelum menikahi denganmu...
# Dia takkan menyebabkanmu lalai dari menjadi hamba Allah yang baik..

     “Ya Allah, jika dia benar untukku, tetapkanlah hatinya dengan hatiku, aku mohon padaMu, jika dia bukan milikku, damaikanlah hatiku dngan ketentuanMu, Aku redha dan pasrah, sesungguhnya Engkau telah aturkan yang terbaik untuk diriku”.
      Di dalam kehidupan, terutamanya akhir zaman ini, kaum wanita lebih ramai dari kaum lelaki. Inilah petanda bahawa kiamat semakin hampir dengan kita. Ini jugalah ujian dari Allah. Ini jugalah ujian kepada kaum lelaki dengan ramainya kaum yang lemah ini. Tanpa kita sedari, kaum wanita sering kali dipermainkan oleh mereka yang tidak memahami. Seringkali ditipu, diseksa, diganggu dan didera. Hanya manusia yang mempunyai hati yang bersih sahaja tidak melakukannya. Sangat kasihan apabila melihat wanita dianiaya tanpa sebab. Di mana kasih & sayang yang telah dijanjikan dengan bicara manis kata itu? Jagalah dirimu wahai muslimah, sesungguhnya kita tidak mampu melawan kekerasan yang timbul tetapi kita mampu untuk berdoa kepada Allah untuk menjauhi perlakuan sebegini.

    Wahai remaja, kalian begitu sibuk dengan zaman mudamu. Zaman yang ingin mencuba sesuatu yang baru. Zaman yang sesuai untuk mengetahui semua perkara samada zahir dan batin kerana di waktu inilah kalian banyak luangkan masa untuk menuntut ilmu. Tidak ada status lain melainkan pelajar yang sedang belajar. Banyak corong-corong dan cabang-cabang ilmu yang perlu kalian terokai. Di situlah bermulanya kehidupan yang bermakna kerana ilmu itu adalah penyuluh hidup. Ilmu itu cahaya yang bisa menerangi kehidupan yang gelap gelita dek kerana tidak ada hala tuju hidup. Tidak mengetahui ke manakah ingin di tuju dalam keadaan yang gelap dan buntu sekiranya tidak memahami maksud kehidupan yang sebenar dan yang kekal di sana.

   Remaja IT sekarang ini lebih menumpukan kepada laman sosial seperti telefon, email, friendster, twitter, yahoo messenger, skype dan yang paling utama dan termasyhur iaitu Facebook(fb). Inilah cara yang digunakan untuk berhubung dengan rakan-rakan mereka samada jauh atau dekat.Remaja itu tidak terlepas dari rakan atau sahabat disisi. Mereka memerlukan teman seperjuangan untuk berkongsi pendapat, perasaan dan ilmu. Tetapi dalam bergaul, sebagai remaja perempuan, pasti ada remaja lelaki. Inilah kebenarannya. Jika dulu, sewaktu zaman sekolah menengah, pergaulan antara lelaki dan perempuan boleh dielakkan lagi, tetapi kini, ku berada di alam universiti. Percampuran antara lelaki dan perempuan tidak boleh dielakkan kerana di sinilah tempat untuk bekerjasama menjadi seorang mahasiswa yang berani dalam menegakkan kebenaran. Inilah realitinya.

    Tapi Ya Allah, aku khuatir sebenarnya. Semakin banyak pengalaman yang perlu aku tempuh. Engkau jagalah aku supaya aku dapat menjaga diriku dari terjerumus ke dalam ikhtilat. Nauzubillahiminzalik. Dalam aku tidak sedar, aku takut, aku bimbang dengan pergaulan ini. Tapi aku yakin denganMu, sehingga hari ini aku bersyukur kerana aku bisa mengawal diriku dari terjebak ke dalam kancah maksiat ini. Kadangkala aku sedih dalam melihat kawanku sendiri termasuk dalam situasi ini. Mereka tidak dapat mengawal dan menahan diri apabila tiba waktu bercakap dan berkomunikasi dengan lelaki. Memang susah untuk menahan nafsu yang sedang berbunga di hati tatkala diri diperhatikan. Memang susah untuk mengawal diri dari terlepas kata-kata persiskan manja dan tetap resah gelisah. Tetapi itu semua perlu difikirkan dahulu. Fikir sebaiknya sebelum memulakan bicara dengan mereka. Dalam berbicara, kawallah dirimu dari bercakap perkara yang sia-sia. Jika perlu, beritahu sahaja tapi janganlah sampai berpanjangan sehingga mendatangkan fitnah dan zina. Astaghfirullahal’azim.......
        Untukmu kelak yang bakal menjadi kekasih halalku di dunia dan di akhirat, janganlah berlebihan menyintaiku lebih dariNya, kerana itu dapat memanjakan perasaanku, hingga melalaikan banyak hal termasuk dalam bersikap denganku. Aku sangat bersyukur kepadaNya jika kau menyintaiku sepenuh hati keranaNya...amin...

p/s: Apa2 pun, solehahkan diri dahulu sebelum mendapat yang soleh..Peringatan ini juga untuk diri yang lemah ini, tidak terkecuali daripada ujianNya...Ingatlah! Cinta Allah perlu dicapai & digapai melebihi dari cinta lain..Segala yang baik datang dari Allah, jika ada yang kurang & silap kata, semua itu dari diri ini....

#Sesungguhnya solatku, ibadahku, hidupku dan matiku hanya kerana Allah swt#

0 comments:

Post a Comment