Bismillahirrahmanirrahim...Assalamualaikum wbt...
Semoga Ramadhan ini dapat menghasilkan satu transformasi dalam diri kita semua. Satu perkongsian pesanan dari Rasulullah saw 1400 tahun lalu kepada umatnya....sampaikanlah pada sekalian sahabat.
Hazrat Salman ra berkata bahawa Rasulullah saw bersabda kepada kami pada hari terakhir bulan Syaaban :" Wahai manusia ! Telah datang kepada kamu satu bulan yang agung lagi diberkati . Satu bulan yang terdapat di dalamnya satu malam yang lebih baik daripada seribu bulan ( Lailatul Qadr) . Satu bulan yang Allah swt telah menjadikan puasa pada siang harinya sebagai satu amalan fardhu dan berdiri pada malamnya ( Solat tarawih) sebagai satu amalan sunat..
Sesiapa yang cuba menghampiri Allah padanya dengan mana-mana amalan sunat maka seumpama seorang yang telah menunaikan fardhu di bulan-bulan yang lain dan sesiapa yang menunaikan satu fardhu didalamnya adalah seumpama seseorang yang menunaikan 70 fardhu pada bulan-bulan lain.
Sesiapa yang cuba menghampiri Allah padanya dengan mana-mana amalan sunat maka seumpama seorang yang telah menunaikan fardhu di bulan-bulan yang lain dan sesiapa yang menunaikan satu fardhu didalamnya adalah seumpama seseorang yang menunaikan 70 fardhu pada bulan-bulan lain.
Ia adalah bulan kesabaran dan ganjaran kesabaran adalah syurga. Ianya adalah bulan yang ditambahkan rezeki kepada orang-orang yang beriman. Sesiapa yang memberi seseorang berpuasa untuk berbuka , maka ia merupakan pengampunan untuk dosa-dosanya dan kelepasan dirinya dari neraka dan dia mendapat ganjaran puasa orang tersebut tanpa mengurangkan sedikitpun dari ganjarannya. Sahabat-sahabat ra lalu
berkata:- Tidaklah setiap daripada kami mempunyai sesuatu untuk diberikan kepada orang yang berpuasa untuk berbuka ( lantaran kemiskinan ). Maka Rasulullah saw bersabda " Allah swt memberikan pahala itu kepada sesiapa yang memberikan walaupun sebiji tamar ataupun seteguk air ataupun sesisip susu kepada orang yang berpuasa untuk berbuka "
Ia adalah satu bulan pada bahagian awalnya rahmat ( 10 hari pertama ) . pertengahananya keampunan ( 10 malam kedua) dan akhirnya kelepasan dari api neraka. Sesiapa yang meringankan beban hamba-hambanya
(pekerja-perjanya) pada bulan itu maka dia akan diampunkan oleh Allah dan akan dilepaskan dari azab api neraka.
Perbanyakkanlah pada bulan ini empat (4) perkara iaitu kamu meredhakan Tuhan kamu dengan 2 perkara dan 2 perkara lagi yang tidak boleh tidak kamu memerlukannya. Adapun dua ( 2) perkara yang kamu dapat meredhakan Tuhan kamu dengannya adalah:-
1-Penyaksian bahawa Tiada tuhan selain Allah ( Ucapkan La-ila ha ILAllah )
2-Kamu mohon istighfar daripadaNya ( Ucapkan Astagfirullah)
Sementara dua perkara yang tidak boleh tidak kamu perlukannya adalah:-
1-Memohon syurga dari Allah
2-Memohon dihindarkan dari api neraka
Sesiapa yang memberi minum kepada mana-mana orang yang berpuasa makaAllah akan memberinya minum dari telagaku ( pada hari kiamat) dengan sekali minum dia tidak akan dahaga lagi sehingga dia masuk kedalam syurga "
( Hadith riwayat Ibn Khuzaimah didalam sahihnya dan Al-Baihaqi dan Ibn Hibban )
#Sesungguhnya solatku, ibadahku, hidupku dan matiku hanya kerana Allah swt#
0 comments:
Post a Comment