Alhamdulillahirabbil 'alamin, Allah masih memberi ruang dan peluang kepadaku untuk menaip kata-kata yang harap dapat memberi manfaat kepadaku dan kepada insan yang mulia yang sudi membaca blog ini.
Teringat akan maksud firman Allah itu apabila aku berada dalam keadaan resah gelisah dan rasa macam diuji olehNya. Banyak pengajaran yang aku dapat selama aku hidup di dunia ini selama 20 tahun ini. Tersenyum seorang pula bila mengenangkannya. Aku ingin mendapat kebahagiaan di dunia dan juga di akhirat. Itulah matlamat hidupku.
Sekarang ini musim peperiksaan, sedang aku menaip ni jam 2:51 pagi..Terlintas di fikiran untuk membuka blog. Aku akan mengambil masa sedikit untuk melayan blogku ini. Esok exam grafik.ermm....agak-agak aku dapat jawab ker?? YA,InsyaAllah. Aku akan buat yang terbaik. Tinggal 3 paper sahaja lagi untukku menamatkan final exam ni.Semoga Allah memberi peluang dan aku akan mengambil peluang itu untuk membuat yang terbaik nanti...
Esok paper grafik 3 jam. lama jugak tue. Harap2 la aku dapat isi masa 3 jam itu sebaiknya, dengan hati yang tenang kerana aku gusar jika syaitan berjaya menggodaku supaya putus asa, lemah, tak nak jawab da.., rasa ngantuk dan macam-macam jer fikiran luar yang datang. Nauzubillahiminzalik......
Esok paper grafik 3 jam. lama jugak tue. Harap2 la aku dapat isi masa 3 jam itu sebaiknya, dengan hati yang tenang kerana aku gusar jika syaitan berjaya menggodaku supaya putus asa, lemah, tak nak jawab da.., rasa ngantuk dan macam-macam jer fikiran luar yang datang. Nauzubillahiminzalik......
Walaupun begitu, aku tetap perlu meneruskan perjuanganku untuk berusaha bersungguh-sungguh untuk mencapai kejayaan. Teringat pula, tadi aku mendengar radio ikim.fm, Dj ikim.fm,apa namanya? tidak ku ingat, tapi apa yang penting, beliau memberi satu mutiara kata semangat, "Seseorang yang berjaya adalah sentiasa ingin membuat sesuatu perkara tetapi seseorang yang gagal adalah sentiasa memberi alasan untuk mengelakkan diri terlibat dengannya"..bila ku pikir-pikir sejenak, betul jugak kata-kata Dj tadi.Agak-agak kita semua berada dalam golongan yang mana ye..?? Fikir-fikirkanlah.............Sebagai seorang pelajar, tugasku adalah untuk menuntut ilmu di dunia dan ilmu di akhirat.
Ya Allah, Engkau bukakanlah hatiku ini untuk menerima ilmu,
Berkatilah ilmu yang ku pelajari selama ini dan akan datang,
Hidupkanlah ilmu yang aku pelajari dalam kehidupanku ini,
Tambahkanlah ilmu ku,
Permudahkanlah ilmu yangku pelajari ini di jalanMu,
Redhakanlah ilmuku supaya ilmu ku tidak sia-sia,
Manfaatkanlah ilmu yang ku pelajari sehingga kini,
Jadikanlah aku seorang yang mencintai ilmuMu,
Permudahkanlah aku memahami setiap ilmu ku pelajari supaya aku tidak tersasar dari jalan yang sebenar,
Aku ragu, aku gusar, aku khuatir jika setiap ilmu yang ku pelajari hanya sia-sia sahaja,
Aku perlu berusaha dengan bersungguh-sungguh untuk menguasai ilmu itu,
'Examination' hanyalah satu jalan untuk menguji diriku mengenai subjek yang ku pelajari,
untuk mengetahui sejauh mana ku fahami ilmu itu,
Ya Allah,kuatkanlah ingatanku dalam setiap perkara yang ku lalui,
Aku bimbang jika lalai dalam kehidupanku ini,
Tapi aku yakin dengan janjiMu,
Setiap perkara yang berlaku pasti ada hikmahnya,
Hanya Allah sahaja yang tahu apa yang terbaik untuk hambaNya,
Hanya Allah sahaja yang lebih tahu apa keadaan ku kelak,
Ku harapkan yang terbaik dariMu.....
Sebakku terasa akan doa itu...amin....amin Ya Rabbal 'Alamin....
Taqabbalallahuminkum, minna waminkum, taqabbal Ya Karim.....
Ya Allah, aku seorang hamba yang lemah, Engkau kuatkanlah diriku ini walaupun aku tahu aku dalam golongan yang lemah,
tapi aku tidak boleh jadikan itu satu alasan supaya tidak mahu bangkit dari kelemahan.
Sampai bila ku ingin berada dalam keadaan lemah semangat. Allah tidak akan membantu hambaNya yang tidak berusaha, just doa sahaja masih tidak mencukupi untuk memenuhi permintaanku tanpa diiringi dengan usaha.
Usaha yang sedikit tetapi istiqamah adalah usaha yang terbaik dalam mencapai kejayaan...
Terdiam sejenak bila memikirkannya, menjadi muhasabah diri ku yang banyak buat dosa ini.
Alhamdulillah, aku bersyukur kerana dapat berfikir seperti ini walaupun aku masih dalam keadaan mentah lagi jika dibandingkan dengan sahabat-sahabatku yang mulia. Aku akan berusaha menjadi seorang manusia yang sentiasa ingin memperbaiki diri sendiri jika membuat kesalahan sebelum aku memperbaiki diri orang lain dengan nasihat yang berguna. Dan jugak ingin menjadi insan yang dihormati dan menghormati orang lain. Aku mohon supaya jauhkan diriku dari bersifat angkuh, bongkak, sombong, pentingkan diri sendiri, tidak menghiraukan masalah orang lain kerana hak muslim adalah 'apabila paha kanan dicubit,paha kiri akan terasa juga sakitnya'.....sampai begitu ISLAM mementingkan hubungan antara sesama manusia.
....................
Alhamdulillah semuanya berjalan dengan lancar
exam hari itu bagaikan sedang berperang dengan minda demi mengejar ilmu yang telah menelaah selama ini...Allah telah mempermudahkan urusan ku.Tinggal lagi aku harus bertawakkal kepadaNya dan sentiasa berdoa semoga setiap apa kerja yang aku lakukan akan diredhai olehNya...AMIN....
#Sesungguhnya solatku, ibadahku, hidupku dan matiku hanya kerana Allah swt#
0 comments:
Post a Comment