Social Icons

Saturday, April 16, 2011

Selamat Hari Lahir

Bismillahirrahmanirrahim. Alhamdulillah semoga hari ini kita semua berada dalam keadaan sihat wal'fiat. Harap post yang saya ceritakan kali ini dapat memberi pengajaran dan pengalaman buat kita semua.
"..Happy birthday to you.."
 "..Happy birthday to you.."
 "..Happy birthday to you..",
"...Allah selamatkan kamu, Allah selamatkan kamu, Allah selamatkan Tengku Hanis, Allah selamatkan kamu..."
     Siti, Zainab, Farah, dan Laila menyanyikan lagu birthday kepada Hanis, sahabat mereka. Ucapan yang biasa diucapkan apabila tiba hari jadi, "semoga panjangkan umur dan dimurahkan rezeki". "Hari ini bertarikh 16 April 2011, Hari jadi Hanis......", Zainab bersuara. Mereka meraikan hari istimewa ini di sebuah restoran berdekatan rumah sewa. "Ramai jgk manusia di restoran Mak Limah hari ni? malu pun ada ni....", kata Laila. "Alah, jangan hiraukan mereka.kita bukannya nak kacau mereka.kita kan nak sambut hari jadi Hanis", farah mencelah. ''Betul tue Laila, kita buat hal kita jer.tak salahkan. Cepat2 bukak kek tue,makan pun dah sampai. Tak sabar dah nak makan ni". Zainab menyokong......
Berkata hanis, "Aku rasa bahagia sangat hari ni kerana ada jugak sahabat nak sambut birthday aku ni. Terima kasih banyak tau kerana sudi luangkan masa hari ni semata-mata untuk majlis ni, alhamdulillah aku bersyukur"."Hanis, kami sebagai sahabat kau akan setia menyokong di belakang, jangan risau la ea". "Dah, dah, semua tue kita cerita lepas ni. lapar dah ni...he..he..", bersemangat Zainab mencelah. "Ok2, first apa apa pun makanan dah tersedia, kita baca doa makan dan doa selamat dulu"...
     Siti mengangkat tangan dan mengetuai bacaan doa, "Ya Allah, kami bersyukur kerana Engkau masih memberi peluang untuk meneruskan hidup ini. Berkumpulnya kami pada hari ini untuk meraikan majlis kesyukuran terhadap kawan kami yang telah selamat mencapai umur 22 tahun. Engkau tetapkanlah imannya, Engkau berikanlah dia kebahagiaan di dunia dan di akhirat.Tabahkanlah hatinya menjalani kehidupan. Panjangkanlah umurnya untuk beribadah kepadaMu dan murahkanlah rezekinya samada dalam pelajaran atau kehidupan duniawi dan ukhrawi.Tiada yang lain melainkan memohon kepadaMu. Kami tak terdaya untuk meneruskan hidup ini tanpa pertolonganMu Ya Allah. Amin,amin Ya Rabbal Alamin..." semua mengaminkan doa, "Amin, Alhamdulillah. Barakallahufikum."

"Alhamdulillah, jom kita makan.tunggu apa lagi", Zainab bersuara. "Kejap, kejap", Hanis menyampuk. "Kenapa nis?", Siti bertanya. "Sahabat semua, aku rasa cam tak sedap hati la. Tadi waktu Siti membaca doa, aku dapat rasa macam ada orang sedang perhatikan kita jer. Tapi aku tak tau la samada dia perhatikan siapa, aku ke, Siti ke, Laila ke, Zainab ke, Farah ke, tapi yang pastinya dia tengok ke arah kita", Hanis gelisah. "oh..ye ke? aku tak perasan la pulak. kin perhatikan kau kut.ehem,ehem.. nak aku sebut nama ker?", Farah berjenaka. "Eh, tak la, mana aku nampak siapa dia tapi hati aku berdebar ni", "korang dapat rasa tak??".
Siti bagi pendapat."erm..tak de pun. dah kita duk tempat terbuka macam ni, memang la ada orang tengok. tambah pulak kita baca doa sama-sama. memang orang tengok la. tak dapat lari dah memang macam tue". "Biar la siapa pun yang tengok kita, asalkan kita tak duk lama kat restoran nie dan jaga akhlak kita" Zainab mencelah. "Ok, Jom kita makan, semua makanan dah sejuk dah, tak baik bukak lama-lama", Laila mengajak. "Jomm", farah ikut menyokong.

p/s: semoga kisah pendek ini dapat memberi input dan pengajaran buat diri kita dengan maksudnya yang tersirat... kalian tafsirlah dengan hati kalian...moga2 Allah memberi petunjuk buat kita.. :)

#Sesungguhnya solatku, ibadahku, hidupku dan matiku hanya kerana Allah swt#

0 comments:

Post a Comment