terima kasih kerana sudi membaca tinta yang tidak seberapa ini..
sedikit coretan dari gerak tari jari-jemari ini yang sudah lama berdiam diri,
mencuba untuk mencuba dan terus mencuba demi mencapai ketenangan dalam diri..
Bila hati mengingati Allah,
jiwa & raga ini menjadi tenang,
hati & perasaan ini terasa tenang,
diri ini terasa dekat denganNya,
-harap pembaca juga cuba menyelami dirimu itu-
Sesibuk mana pun kita, Allah tetap diingati,
Setinggi mana pun pangkat kita, Allah tetap dihati,
Sekerdil mana pun kita, Allah tetap disanjungi,
Sehebat mana pun kita, Allah lagi Hebat,
Sekuat mana pun kita, Allah lagi Kuat,
Selemah mana pun kita, Allah itu Maha Mengetahui akan dirimu...
...............
sebarkanlah..
sebarkan ketenangan dalam hatimu..
sebarkan kebahagiaan dalam kehidupanmu..
Hati ini menginginkan seseorang yang meletakkan kerendahan hatinya pada hati-hati sang manusia hanya kerana Allah Taala.
Kuatkanlah ikatan kemesraan pada hati-hati sang pejuang agama kerana Allah..
Hanya Allah yang bisa memberi kekuatan,kemudahan & pertolongan dalam apa jua urusan.
Hanya Allah...
#Sesungguhnya Solatku, ibadahku, Hidupku dan Matiku hanya kerana Allah swt#
0 comments:
Post a Comment