Social Icons

Saturday, December 24, 2011

Ciptaan Ilahi

Subhanallah....!!! INDAHNYA...CANTIKNYA..!!
Fikirkanlah setiap apa yang kamu lihat
Fikirkan setiap Kekuasaan Allah yang Maha Berkuasa..
Tidak ada tuhan lain melainkan Allah swt yang boleh menjadikan bumi ini tertegak dengan tenang..
Pokok bisa bergoyang dengan tiupan angin
Awan berkepul berarak pergi
Angin berlalu dengan sepoi-sepoi bahasa
Ikan-ikan bermain-main di dalam laut
Burung-burung bisa terbang tinggi mencecah langit dengan riang
Laut yang biru luas terbentang tidak ada penghujungnya
Dari mana ia mula dan di mana akhirnya
Ayuh kita fikirkan..!
Kenapa ikan dalam laut tidak merasa masin seperti air laut?
sedangkan ikan berada di dalam laut yang masin......
Inilah tanda kebesaran Allah swt ..ada hikmahnya..
Fikir-fikirkanlah bersama..

#Sesungguhnya solatku, ibadahku, hidupku, dan matiku hanya kerana Allah swt#

Tuesday, December 6, 2011

..::Psikologi Dakwah::..

Assalamualaikum Sahabat,
Saya tertarik untuk mengetahui dengan lebih mendalam lagi mengenai 'psikologi dakwah'..
~ Bagaimana nak fahami maksud psikologi dakwah?
~ Bagaimana nak aplikasikan pengetahuan mengenai psikologi dakwah ini supaya sampai kepada mad'u yang sangat disayangi kerana Allah?
~ Bagaimana nak meletakkan psikologi menyeru kepada kebaikan ini pada tempatnya yang betul?
-kalau siapa-siapa yang ingin berkongsi maklumat, silakan saja-
Sebagai khalifah Allah di muka bumi ini, tidak akanku pernah mengabaikan manusia lain dalam menuju keredhaan Allah, InsyaAllah........
ingin sama-sama masuk syurga,
ingin sama-sama menikmati keindahan syurga firdausi,
ingin merasai kelazatan cinta Allah ,
ingin mengecapi kebahagiaan di dunia dan juga di akhirat ....
Moga Allah perkenankannya..
Sebagai seorang daie, wasilah yang terbaik untuk berdakwah adalah mengenali mad'u itu mengikut karakter mereka tanpa mengubah apa-apa yang boleh membuatkan akhlak kita turut terpesong....
Ingatlah, tugas kita adalah untuk menyeru manusia itu kepada kebaikan dan mencegah mereka dari kemungkaran..

Monday, December 5, 2011

Salam Maal Hijrah 1433h

Salam Maal Hijrah 1433h
Masih tidak terlambat lagi rasanya untuk mengucapkan salam maal hijrah 1433h kepada semua sahabat yang mengikuti tinta dari blog ini. Juga buat semua umat Islam yang dikasihi Allah sekalian...

Alhamdulillah bersyukur kepada Allah kerana masih memberi ruang dan peluang kepada kita semua untuk menghirup udara yang sangat tenang di muka bumi ini... Masih mempertemukan kita dengan tahun baru hijrah yakni awal Muharam..
Masih teringat di waktu dulu-dulu..dengan suasana kampung, semua ahli keluarga menyambut kedatangan bulan yang mulia ini. Semua sama-sama membaca doa akhir tahun dan doa awal tahun sebagai tanda syukur kepada Allah..Juga bila 9 dan 10 muharam tiba,  sama-sama berpuasa sunat dan menyambut hari as-syura...seronoknya..^_^
Moga dengan datangnya tahun ini, memberi keazaman baru buat kita semua untuk menjadi hamba yang lebih baik lagi daripada sebelumnya.
Kita tidak tahu bila Allah akan mengambil nyawa yang sedang kita nikmati sekarang ini, juga tidak tahu di mana, bila, bagaimana keadaan kita di waktu akhir-akhir hidup ini..
Tapi Allah sudah berjanji kepada hambanya yang bertaqwa..
Mohonlah mati dalam husnul khatimah..InsyaAllah, Allah mendengar rintihan kita sebagai hambanya yang lemah ini..


#Sesungguhnya solatku, ibadahku, hidupku dan matiku hanya kepada Allah swt#