Social Icons

Monday, September 5, 2011

Maklumat Tanpa Sempadan

Bismillahirrahmanirrahim..Alhamdulillah masih bernafas di bumi Allah ini.
Mengharapkan semua sahabat baik-baik belaka ye.Tak kira la sahabat berada di mana pun,Allah tetap di hati kita.
Apa yang nak kongsi untuk post kali ni?..terpusing-pusing kepala rasanya. :)
Terlintas difikiran. Begitu banyak isu-isu yang keluar hari demi hari. Berita-berita yang terpampang di dada akhbar yang disajikan dengan pelbagai cetusan idea dari pihak yang terlibat.Dengan penulis yang bernas ideanya dari dalam negara dan luar negara diselit bersama. Tidak dilupakan juga dengan berita di tv, banyak sumber yang diperoleh.Terkadang berita yang disampaikan tidak sama dengan yang sebenar.Apa-apa pun kita boleh tapis  sendiri, yang mana benar dan yang mana tidak benar..Maklum la,media malaysia berada ditangga yang ke 166 dari 180 negara media.......
Laman sosial juga tidak ketinggalan untuk menyertai berkongsi pengetahuan dan maklumat untuk disebarkan ke seluruh jiwa yang menatapi setiap isu-isu dan informasi yang disebarkan.....

Laman seperti facebook,blog,twitter,myspace,youtube,email,gmail dan banyak laman alternatif lain yang boleh mendapatkan maklumat.
Inilah yang dikatakan maklumat tanpa sempadan. Apa maksud yang dimaksudkan dengan internet ye? Internet adalah jaringan komputer yang saling terhubung secara global yang memungkinkan pengguna internet saling bertukar informasi/data melalui jaringan tersebut. Internet adalah sistem komunikasi data berskala global, suatu infrastruktur yang terdiri dari hardware dan software yang menghubungkan komputer yang berada di jaringannya.So, internet berbicara mengenai jaringan komputer yang terhubung dan saling berinteraksi satu sama lain dalam skala global.
Emm...dah tahu kan..
Sehinggakan pensyarah ana berkata "Tidak boleh hidup tanpa internet"...
Memang ada betul jugak kan.Tapi jangan lah pula kita lupa akan buku-buku yang berada kat kedai.Itu adalah ilmu yang berkekalan dan tidak luput hilang dek arus zaman.
Ilmu kita perlu cari bukan hanya datang bergolek tanpa usaha yang gigih.
Dalam mencari ilmu atau maklumat, kita perlulah menapis setiap ayat demi ayat, setiap perkataan demi perkataan dan setiap maklumat demi maklumat supaya setiap apa yang kita tahu itu bukan hanya pengetahuan palsu dan ilmu yang sia-sia.
Nabi menyuruh umatNya supaya tuntutlah ilmu hingga ke negeri China.
Sedikit info mengenai internet :
Projek Internet sebenarnya bermula seawal tahun 1960an melalui ARPAnet, sebuah projek yang mendapat biaya kerajaan US untuk mewujudkan rangkaian komputer di antara empat universiti perintis; Universiti California, Universiti Utah, Universiti California Santa Barbara dan Institut Kajian Stanford (sekarang Universiti Stanford).
Nama Internet mula digunakan seawal tahun 1985. Ada yang mengatakan ia gabungan 'Inter Networking'. Ada pula yang mengatakan 'International Network'. Rasanya kata gabungan yang pertama lebih tepat.
Internet beroperasi menggunakan dua protokol (tatacara komunikasi) utama iaitu TCP dan IP.
TCP maksudnya Transfer Control Protocol. Dalam bahasa mudah, ia menggariskan tatacara bagaimana data dipindahkan dari satu komputer ke komputer yang lain.
IP bermaksud Internet Protocol. Dalam bahasa mudah, ia menggariskan tatacara bagaimana sesuatu komputer itu menyertai jaringan komputer dan dapat dikenali oleh komputer lain yang berada dalam jaringan tersebut.
Secara mudahnya TCP dan IP ibarat Posmen,Surat dan Alamat Rumah. Setiap surat perlu ada nama penerima dan alamatnya. Posmen akan membawa surat melalui apa jua laluan asalkan dapat sampai kepada penerimanya. Jika penerima tidak wujud, posmen akan pulangkan semula surat kepada penghantar atau pejabat pos asalnya...
Akhirnya, ana suka berpesan kepada diri sendiri dan semua sahabat supaya janganlah kita leka dengan kemudahan internet dan media yang ada sekarang.Ini bagi mengelakkan berlaku kemusnahan fikiran, kerosakan akhlak dan perbalahan sesama sendiri hanya disebabkan maklumat tanpa sempadan.
Semoga Allah menjauhi kita dari ilmu yaag tidak bermanfaat dan pengetahuan yang sia-sia.
Wallahu'alam.

#Sesungguhnya solatku ibadahku, hidupku dan matiku hanya kerana Allah swt#

0 comments:

Post a Comment