Social Icons

Sunday, August 7, 2011

لو كان بيننا ....Cintakan Rasulullah saw ♥ ♥

 
(Setiap perkataan Nabi saw, sebutkan selawat ke atas baginda)
Ya Allah,ku rindukan RasulMu saw
اللهم صلى على محمد سيدنا محمد
اللهم صلى على محمد سيدنا محمد
 اللهم صلى على محمد سيدنا محمد
...banyakkanlah berselawat sebagai tanda cinta kita kepada baginda...
Jadikanlah aku seorang hamba yang mengikut sunnah RasulMu
Umat baginda di akhir zaman ini..
Jadikanlah perbuatanku seperti perbuatan kekasihMu
Jadikanlah akhlak diriku seperti akhlak kekasihMu....
Jadikanlah percakapanku seperti percakapan kekasihMu yang begitu sopan dan tidak sia-sia
Jadikanlah jihadku di jalan dakwahMu seperti sayangnya nabi terhadap agamaMu
Baginda masih mendoakan supaya hambaNya jauh dari siksaan api neraka
Tapi..adakah kita kasihkan baginda seperti kasihnya terhadap kita?
Masihkah ingin membuat perkara yang bercanggah dengan agama?
Jauh dari ajaran nabi saw..
Jauh dari ajaran Allah..
Kita sangat sombong, sangat angkuh, sangat bodoh
Kita sanggup membelakangkan ajaran Allah dan Rasul sbg panduan dalam kehidupan
Masih lalai dengan dunia..
Masih mengikut budaya yang boleh memesongkan akidah..
Di manakah namanya beragama Islam kalau perbuatan tidak berasaskan agama Islam?
Sedarlah sahabatku... masih terbuka luas pintu taubat Allah untuk kita..

Nabi bimbangkan umatnya sekiranya kita mati dalam keadaan yang tidak sempat bertaubat kepada Allah Taala,masih dalam dosa..kerana Allah menjanjikan pintu neraka yang ke-7 adalah untuk umat baginda yang tidak sempat bertaubat kepada Allah. Nabi menitiskan airmatanya....masyaAllah.
Ya Allah, matikanlah kami dalam keadaan beriman dan beramal soleh..
Jauhkanlah kami dari siksaan api nerakaMu..amin ya Rabbal 'alamin.
Ya Allah, begitu kasihnya nabi terhadap umatnya
Baginda tidak sanggup melihat umatnya menderita
...Allahu Akbar !!

p/s : Ingatlah sunnah nabi dalam setiap perbuatan yang ingin kita lakukan..adakah perbuatan itu ini nabi suka atau nabi benci..?.. fikir-fikirkanlah.Banyakkanlah berdoa supaya kita termasuk dalam kalangan hambanya yang kasihkan nabi Muhammad saw..amin.

#Sesungguhnya solatku, ibadahku, hidupku dan matiku kerana Allah swt#

0 comments:

Post a Comment