petikan dari lagu Satu Amanah-HIJJAZ-
Dengan bismillah ku bermula
bingkisan hati buatmu teman yang dikasihi
kita bersama dalam satu ikatan
bermula episod hidup di dunia ini
kuharap hanyalah di dunia dirahmati dan diredhai
selamat sejahtera di syurgawi
Oh tuhan
satukanlah hati kami dalam menyintai
redha atas ujian di beri
jauhkanlah kami dari rakus mengejar duniawi
harap dunia hanya di tangan bukannya di hati untuk dicintai
(hanya didunia kita harapkan, kita dambakan selamat sejahtera bahagia)
kita dicipta sebagai khalifah
bersama kita hidup untukNya
kita dicipta di dunia fana ada amanah yang tersedia
tuhan itu harus diutama dari segala kepentingan dunia
bergandingan kita untuk memburu cintaNya....
Sahabatku, aku bersyukur kerana mengenalimu untuk menemaniku dan kita sama-sama dalam mencari dan menuntut ilmu. sejak aku belajar di sekolah dahulu bermula dari tidak mengenal A,B,C dan erti ilmu sehinggalah aku menjejakkan kaki ke menara ilmu sekarang, sahabat adalah teman sejati ketika susah senang dalam menuntut ilmu. walaupun banyak cabaran, dugaan, onak duri telah,sedang dan akan kutempuhi, kunci kesabaran masih menebal dalam hati ini. itulah kekuatan aku dalam membina jalinan ukhuwah kerana Allah. tidak dapatku nafikan dalam kesusahan pasti ada kesenangan, dalam sedih pasti ada suka, segala suka dan tawaku, aku serikan dalam persahabatan. segala kenakalan dan kegembiraan antara teman-teman tidak dapatku lupakan. BUAT TEMANKU yang telah LAMA BERPISAH, berdoalah supaya Allah kekalkan ukhuwah kita walaupun berjauhan..Insyallah. aku bersahabat dengan mu untuk kita berganding bahu dalam mendapat keredhaan Allah. semoga Allah redha dengan ukhuwah persahabatan kita ini...amin.
“Sebaik baik sahabat disisi Allah ialah orang yang terbaik terhadap temannya dan sebaik baik jiran disisi Allah ialah orang yang terbaik terhadap jirannya” (H.R al-Hakim)
‘Teman yang paling baik adalah apabila kamu melihat wajahnya, kamu teringat akan Allah, mendengar kata-katanya menambahkan ilmu agama, melihat gerak-gerinya teringat mati..’
Sahabatku, ingatlah selalu. banyak amanah dari Allah perlu kita pegang dan patuhi. kita telah berjanji sejak dari dalam perut ibu lagi...Adakah Kau Lupa...janganlah kita terlalu leka dengan usia remaja kita ini. "..relax dulu bro, remaja hanya sekali. bila lagi?? lepak dulu..tengok anugerah muzik ke, lepas ni kan ade rancangan sehati berdansa, banyak citer dalam astro ni, best la.. dengar lagu lady gaga ke, jom kita lepak kat kedai mamak dulu, malam-malam macam ni nak buat apa kat rumah...".. itulah ungkapan budak-budak zaman sekarang ni..tapi kalau macam ni??.."relax dulu bro, kita lepak kat masjid dulu, solat ke, zikir ke, baru ada semangat sikit nak buat kerje... kita tak kenal Allah lagi, bila kita kenalkan.... rasa manis je,lebih manis dari segala-galanya, nak jumpa selalu, nak dalam suasana tenang, tak gitu bro..." .....kan ada kelebihannya daripada buat perkara sia-sia..INGATLAH...remaja kita akan sentiasa remaja dalam usia muda tidak akan tua selama-lamanya, bila??..apabila kita berada di syurga Allah Taala.. Allah tidak rugi apa-apa tapi kita yang rugi banyak..renung-renungkanlah.
"dari kawan kita binasa dan dari kawan juga kita bahagia"
#Sesungguhnya solatku, ibadahku, hidupku dan matiku hanya kerana Allah swt#
0 comments:
Post a Comment